Liga Juara-Juara: Real Madrid sahkan kejuaraan ke 15

Liga Juara-Juara: Real Madrid sahkan kejuaraan ke 15

Liga Juara-Juara: Real Madrid sahkan kejuaraan ke 15
PENGURUS Real Madrid, Carlo Ancelotti (depan empat dari kanan) meraikan kejayaan muncul bersama pemain selepas kalahkan Borussia Dortmund 2-0 di Stadium Wembley, awal pagi tadi. – AFP

LONDON – Perubahan sikap pemain menjadi titik tolak kepada kejayaan Real Madrid mengesahkan kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) buat kali ke 15 selepas menewaskan Borussia Dortmund 2-0 di Stadium Wembley awal pagi tadi.

Bagaimanapun, pengurusnya, Carlo Ancelotti mengakui cabaran kali ini lebih sukar berbanding apa yang dijangkakan sebelum perlawanan.

“Saya tidak biasa dengan keadaan ini kerana ia begitu sukar berbanding apa yang kami jangkakan. Di babak pertama kami sedikit malas dan membiarkan mereka (Dortmund) bermain dengan cara tersendiri.



“Di babak kedua kami bertambah baik, makin seimbang untuk meneruskan cita-cita,” katanya.

Pada perlawanan itu, Los Blancos terpaksa menanti sehingga 20 minit terakhir untuk mendapatkan dua gol menerusi jaringan Dani Carvajal dan Vinicius Junior masing-masing pada minit ke-74 serta 83.

Selain memacu Real Madrid selaku pasukan paling berjaya dalam pertandingan ini, Ancelotti juga turut memegang rekod pengurus terbaik dalam sejarah.

Ancelotti memiliki enam penampilan di final dan berjaya menang lima kali, tiga daripadanya bersama Real Madrid dan dua kali dengan AC Milan.



“Kami perlu menyesuaikan diri dengan pemain yang kami ada dan cuba untuk memaksimumkan kualiti. Musim ini kami berdepan banyak masalah apabila hilang pemain berkualiti namun akhirnya kami perlu atasi semua itu.

“Bukan selalu kami mampu bermain pada tahap terbaik tetapi kami tidak pernah berputus asa. Selepas ini kami juga akan hilang khidmat Toni Kroos namun sudah pasti kami akan cari pengganti. AGENSI

Liga Juara-Juara: Real Madrid sahkan kejuaraan ke 15

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pembohongan Zeti Terbongkar Di Mahkamah



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button