Rexy ‘pening’ prestasi Aaron-Wooi Yik

Rexy ‘pening’ prestasi Aaron-Wooi Yik

Rexy ‘pening’ prestasi Aaron-Wooi Yik
AARON-WOOI YIK terkandas di suku akhir pada Terbuka Singapura selepas tewas kepada pasangan Denmark.

AKSI kelam-kabut yang dipamerkan Aaron Chia-Soh Wooi Yik di Terbuka Singapura membuatkan Rexy Mainaky naik ‘pening’ selepas merasakan aksi kurang memuaskan dipamer beregu utama negara pada perlawanan berstatus Super 750.

Pada perlawanan tersebut, gandingan nombor empat dunia dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dilihat tenang mendominasi aksi suku akhir selepas bijak membaca permainan beregu negara itu sebelum menang 21-10, 21-14 dalam tempoh 29 minit.

Rexy yang juga Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM) menegaskan, dia menyedari persembahan kurang memuaskan tersebut terutama Wooi Yik yang melakukan banyak kesilapan.



“Sejak dari pusingan pertama saya sudah Wooi Yik punya permainan macam kelam-kabut dan tidak seperti biasa. Dia (Wooi Yik) punya permainan macam tidak ada perancangan.

“Kekuatannya juga tidak menjadi dan tak nampak, malah sewaktu melakukan pukulan smash, posisi badan serta kawalan dalam gelanggang juga kelam kabut. Pasangan Denmark bermain dengan cukup baik untuk memenangi perlawanan tersebut,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Yang Pasti UMNO Tidak Akan Terima Kembali Annuar Musa




Dalam pada itu, Rexy juga turut bimbang dengan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang terlalu bergantung kepada arahan jurulatih.

“Tang Jie-Ee Wei mereka perlu lebih dewasa untuk jadi pemain 10 terbaik dunia. Jangan terlalu bergantung kepada arahan jurulatih semasa di dalam gelanggang untuk mendapatkan arahan,” katanya.

Selepas ini, pemain negara akan meneruskan perjuangan di Terbuka Indonesia yang akan bermula pada 4 hingga 9 Jun ini dan ini adalah platform terbaik bagi pemain terutama mereka yang akan beraksi di Olimpik Paris nanti.

Rexy ‘pening’ prestasi Aaron-Wooi Yik

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pembohongan Zeti Terbongkar Di Mahkamah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button