Pembunuhan Zayn Rayyan: Polis rampas telefon ibu bapa mangsa

Oleh – Syeikh Baran


Pembunuhan Zayn Rayyan: Polis rampas telefon ibu bapa mangsa
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan

Telefon bimbit milik ibu dan bapa kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin dirampas bagi siasatan lanjut berkaitan pembunuhan kanak-kanak itu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, tindakan itu diambil selepas pasangan itu direman selama tujuh hari bermula semalam.



“Rampasan itu adalah untuk bantu siasatan. Lain-lain perkara kita (polis) tidak dapat dedahkan lagi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, media melaporkan ibu bapa Zayn Rayyan ditahan dan direman tujuh hari bermula semalam hingga 7 Jun  ini bagi membantu siasatan pembunuhan kanak-kanak autistik itu.

Kedua-dua pasangan berusia 28 tahun itu direman bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

6 Disember tahun lalu, mayat Zayn Rayyan ditemui di anak sungai berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai pada pukul 10 malam.



Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan dengan jenayah.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button