Peguam, pegawai bank direman kes suapan pinjaman

Oleh – Syeikh Baran


Peguam, pegawai bank direman kes suapan pinjaman
SUSPEK diiringi pegawai SPRM ketika tiba di pekarangan Mahkamah Ayer Keroh, Melaka, hari ini.

Lima individu termasuk peguam dan pegawai bank direman tiga hari bermula hari ini selepas disyaki terlibat dalam kes suapan bagi urusan pinjaman di sebuah institusi kewangan membabitkan jumlah RM316,064.33.

Perintah reman terhadap individu berusia 37 hingga 53 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Nabilah Nizam bagi membolehkan siasatan dilakukan Seksyen 16 (a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.



Terdahulu, kesemua mereka yang memakai baju lokap SPRM berwarna jingga tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Suspek telah ditahan selepas hadir memberi keterangan di pejabat SPRM negeri antara pukul 2 hingga 4 petang, semalam.

Dua daripadanya masing-masing merupakan pegawai dan bekas pegawai bank yang dikatakan telah menerima suapan bagi membolehkan firma-firma guaman menerima pelanggan bagi urusan dokumentasi pinjaman hartanah daripada sebuah institusi kewangan sejak 2018 sehingga 2020.

Dua lagi yang direman adalah peguam, selain seorang pengurus firma guaman.



Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan tempoh reman ke atas kesemua suspek.

“Jika disabitkan kesalahan sabit mereka boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button