SPRM tahan kakitangan bank terima sogokan luluskan pinjaman lebih RM3.4 juta

Oleh – Syeikhg Baran


SPRM tahan kakitangan bank terima sogokan luluskan pinjaman lebih RM3.4 juta
Gambar Hiasan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak menahan seorang kakitangan sebuah bank kerana dipercayai menerima rasuah membabitkan kelulusan pinjaman lebih RM3.4 juta.

Lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan ketika hadir ke Pejabat SPRM Perak di Bandar Meru Raya sekitar pukul 4 petang hari ini.



Diifahamkan, wang sogokan berjumlah RM141,700 itu diterima bagi meluluskan pinjaman bank berjumlah RM3,442,700.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perak, Ahmad Sabri Mohamed ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan lelaki itu.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009,” ujar beliau.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button