Akaun dibeku: Keluarga Daim fail semakan kehakiman terhadap Anwar, SPRM

Oleh – Syeikh Baran


Akaun dibeku: Keluarga Daim fail semakan kehakiman terhadap Anwar, SPRM
DAIM

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dan 23 pihak lagi memfailkan kebenaran semakan kehakiman untuk membatalkan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan akaun beliau, keluarga dan syarikat-syarikatnya.

Mereka turut memohon deklarasi bahawa tindakan penyitaan harta alih oleh pihak SPRM terhadap akaun-akaun bank adalah tidak sah dan terbatal kerana melanggar Perlembagaan.



Pendengaran bagi kebenaran memulakan semakan kehakiman itu dijadualkan didengar di Mahkamah Tinggi di sini, esok.

Selain Daim, turut dinamakan sebagai pemohon-pemohon ialah isterinya Na’imah Abdul Khalid dan empat anak mereka Asnida, Wira Dani, Muhammed Amir Zainuddin dan Muhammed Amin Zainuddin.

Pemohon-pemohon lain terdiri daripada Aad Equity Sdn. Bhd., Yayasan Haji Zainuddin, Ilham Baru Sdn. Bhd., Anchor Point Sdn. Bhd., Kangkung Catering Sdn. Bhd., Adrihaniz Sdn. Bhd., Syarikat Maluri Sdn. Bhd., Amiraz Sdn. Bhd., dan Ridana Sdn. Bhd.

Syarikat-syarikat lain ialah Daan Sdn. Bhd., Maya Seni Holdings Sdn. Bhd., Magical Zone Sdn. Bhd. Permatang Maju Sdn. Bhd., Brainstorms Sdn. Bhd., Arida Farms Sdn. Bhd., Gajah3 Resource Centre Sdn. Bhd., Ilham Tower Sdn. Bhd. dan Selidik Jaya Sdn. Bhd.



Selain SPRM, lima lagi responden terdiri Penolong Penguasa Sektor Sasaran Operasi Bahagian Pengubahan Wang Haram dan Pelucuthakan Harta (AMLFOP) SPRM, Haris Fadhila Sukaime; Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram SPRM, Mohamad Zamri Zainul Abidin; Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki; Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; dan Kerajaan Malaysia, sebagai responden pertama hingga keenam.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button