Dua lelaki disyaki terlibat kes khianat rumah, kenderaan Ahli Parlimen Beruas

Oleh – Syeikh Baran


Dua lelaki disyaki terlibat kes khianat rumah, kenderaan Ahli Parlimen Beruas
Kereta milik Koo Ham hangus rentung dalam kebakaran di garaj kediamannya di Ayer Tawar pada Januari lalu. – Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

Sekurang-kurangnya dua lelaki disyaki terlibat dalam kes khianat terhadap rumah dan kenderaan Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham, di Ayer Tawar, dekat sini, pada awal pagi 10 Januari lalu.

Menurut Koo Ham, difahamkan ia berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) sebuah rumah berdekatan menunjukkan seorang lelaki keluar dari tempat duduk penumpang belakang dan melempar dua ‘molotov cocktail’ atau bom petrol ke arah rumahnya.



“Bagaimanapun, sehingga kini polis belum menghubungi saya dan difahamkan belum ada tangkapan dilakukan.

“Saya harap polis dapat menyelesaikan kes ini,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Beruas di Ayer Tawar, hari ini.

Beliau memaklumkan kerosakan di siling serta bumbung garaj rumah serta kereta Honda CR-V sudah dibaiki, tetapi kereta Mercedes Benz yang hangus tidak dapat diselamatkan.

Jelasnya, sehingga kini polis masih melakukan rondaan di sekitar perumahannya yang dilakukan sekian lama kerana rumahnya pernah disimbah cat serta balingan telur.



Beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak polis tetapi berharap pasukan itu dapat meningkatkan perisikan agar kes itu dapat segera diselesaikan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button