Penjawat awam direman kes rasuah RM10,000 urus permohonan tanah

Oleh – Syeikh Baran


Penjawat awam direman kes rasuah RM10,000 urus permohonan tanah
Penjawat direman di Mahkamah Majistret Seremban kerana disyaki meminta berkait permohonan tanah di Negeri Sembilan.

Seorang penjawat awam direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima wang rasuah berjumlah RM10,000 sebagai dorongan menguruskan permohonan tanah di Negeri Sembilan.

Perintah reman selama tujuh hari itu dikeluarkan Majistret Syed Mohd. Farid Syed Ali bermula hari ini sehingga 17 Jun depan selepas menerima permohonan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret disini.



Menurut sumber, suspek lelaki berusia 30-an itu telah ditahan kira-kira pukul 6.40 petang semalam ketika hadir di Pejabat SPRM Negeri Sembilan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Tuan Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap suspek tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button