6,500 peserta gegar RHB LEKAS Highway Ride 2024

6,500 peserta gegar RHB LEKAS Highway Ride 2024

6,500 peserta gegar RHB LEKAS Highway Ride 2024

KUALA LUMPUR – Penganjuran RHB LEKAS Highway Ride 2024 yang berlangsung di waktu malam sekali lagi mencuri tumpuan apabila seramai 6,500 peserta sah mengambil bahagian edisi kesembilan itu.

Perlumbaan yang dijadual berlangsung pada 12 Oktober di Plaza Tol Kajang Selatan itu mencatat jumlah peserta paling ramai sejak dianjurkan pada 2016.



Menariknya, peserta RHB LEKAS Highway Ride 2024 akan dicabar untuk menempuh cabaran sejauh 105 kilometer (km) bagi membolehkan peserta elit menyempurnakan cabaran dan menikmati aktiviti petang di tapak utama acara.

Selain kategori kompetitif 105km, edisi kali ini turut menawarkan perlumbaan 78km selain memperkenalkan kategori baharu 17km Open Ride yang bertujuan memberikan pengalaman istimewa kepada peserta berusia 17 tahun ke atas.

Peserta antara 10 hingga 16 tahun juga boleh memilih jarak laluan sejauh 17km dan juga 12km dengan kesemua kategori bermula di Plaza Tol Kajang Selatan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Calon Ali Baba PAS



 

6,500 peserta gegar RHB LEKAS Highway Ride 2024

Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan RHB Banking Group, Mohd. Rashid Mohamad berkata, pihaknya amat gembira dengan sambutan yang diterima pada kali ini.



“Tahun ini, kami teruja untuk memperkenalkan elemen baharu yang memperkayakan pengalaman, memupuk semangat komuniti, mempromosikan gaya hidup aktif, dan meningkatkan ekosistem kayuhan basikal.

“Melalui sokongan berterusan kami, lebih RM4 juta sudah disalurkan kepada komuniti yang kami layani pada tahun 2023 untuk inisiatif pembangunan, memberi impak positif kepada kehidupan lebih daripada 50,000 individu,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan & Pengarah Urusan IJM Corporation Berhad, Lee Chun Fai berkata, penganjuran RHB LEKAS Highway Ride merangkumi usaha untuk memupuk gaya hidup sihat dan membina komuniti yang cergas.

“Acara ini bukan hanya untuk berbasikal, tetapi juga untuk membawa pelbagai lapisan masyarakat bersama dalam berkongsi pengalaman yang unik dan istimewa.



“Pada setiap edisi, kami berusaha meningkatkan keselamatan, keseronokan, dan inklusiviti. Sukan adalah keutamaan dalam semua inisiatif pelaburan komuniti IJM.

“Untuk tahun kedua berturut-turut, kami menyumbang RM50,000 kepada Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) untuk menyokong Paralimpik Paris 2024, yang akan berlangsung dari 28 Ogos hingga 8 September 2024,” katanya. -KOSMO! ONLINE

6,500 peserta gegar RHB LEKAS Highway Ride 2024

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Spin PRK Nenggiri Yang Tak Menjadi

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button