Enam GLIC beri komitmen pelaburan domestik RM120 bilion
Enam GLIC beri komitmen pelaburan domestik RM120 bilion
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata program itu bertujuan mensinergikan usaha merentas entiti berkaitan kerajaan dalam memangkin pertumbuhan sektor ekonomi utama.
“Bagi mencapai sasaran kerangka Ekonomi MADANI, terdapat keperluan untuk menggerakkan semua pihak di seluruh negara, termasuklah pihak korporat.
“Melalui penglibatan menyeluruh ini, GLIC akan meningkatkan tumpuan mereka kepada pelaburan tempatan dan modal dilabur ini boleh dimanfaatkan semua rakyat serta melahirkan ekosistem-ekosistem ekonomi baharu,” kata beliau dalam kenyataan sama.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian selepas taklimat mengenai program itu di GEAR-uP Gallery Walk di Dewan Utama Kompleks Kementerian Kewangan di Putrajaya, semalam.
Menjelaskan selanjutnya, Perdana Menteri berkata dengan jumlah Aset di Bawah Pengurusan (AUM) bernilai lebih RM1.8 trilion atau sekitar saiz Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nominal, GLIC mempunyai kekuatan kewangan untuk menggerakkan lonjakan negara dalam rantaian nilai ekonomi selain menambah baik mutu kehidupan rakyat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- HAMAS Umum Pengganti Ismail Haniyeh
- Isu Lawatan Pegawai Agama Islam Perak Ke Kuil: Mufti Terengganu Ada Jawapannya
- Muhyiddin yang memimpin PAS dalam PN
Dalam pada itu, MOF berkata kementerian menerajui langkah strategik untuk memperkukuh reformasi struktur Malaysia seperti digariskan dalam kerangka Ekonomi MADANI, melalui program bertujuan menyelaras usaha merentasi badan-badan berkaitan kerajaan bagi memangkin pertumbuhan di sektor-sektor utama ekonomi.
Sehubungan itu, katanya, pelaburan terbabit disasarkan kepada industri-industri yang memiliki pertumbuhan dan bernilai tinggi seperti sektor peralihan tenaga dan pembuatan canggih terutama bidang semikonduktor.
“Usaha itu akan turut merangkumi pelaburan di seluruh kitaran perniagaan seperti syarikat pemula, modal teroka serta syarikat peringkat pertengahan yang akhirnya menyokong penyenaraian saham syarikat-syarikat berkenaan,” katanya.
Setiap GLIC terbabit mempunyai bidang tumpuan masing-masing dalam program GEAR-uP seperti Khazanah berkaitan usaha mengorak strategi pelaburan berpaksikan ‘Negara Yang Mencipta’ bagi meningkatkan produktiviti serta daya saing negara.
Khazanah juga akan memastikan daya tahan ekosistem sektor semikonduktor, memupuk pertumbuhan syarikat-syarikat peringkat pertengahan dan melabur di ekosistem-ekosistem modal teroka.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kukuhkan Parti Bukan Berebut Kerusi
- Keputusan Representasi Adam Radlan 4 September
- ADUN Rembia masa lompat tidak fikir tentang anak bini?
Selain itu, KWAP memperkasa pasaran swasta Malaysia merentasi ekuiti swasta, prasarana dan hartanah dengan menumpukan pemberian dana pemangkin untuk modal teroka serta firma peringkat pertumbuhan melalui Dana Perintis dan Dana Pemacu, katanya.
PNB menumpukan usaha memodenkan industri-industri dan sektor korporat Malaysia dengan menggalakkan tumpuan kepada aktiviti-aktiviti bernilai tambah tinggi serta mampan dengan tumpuan khusus kepada pelaburan dalam taman-taman perindustrian baharu, menyokong usaha automasi dan pertanian pintar dalam kelapa sawit serta aset-aset tenaga hijau dan peralihan tenaga.
“KWSP memberi tumpuan kepada pemesatan masyarakat menua yang bermaruah serta makmur dengan melibatkan pelaburan dalam penyelesaian kesihatan mampan yang berdaya maju dari segi komersial menerusi kerjasama dengan kerajaan.
“Ini termasuk membina sayap swasta di hospital awam sejajar dengan agenda Transformasi Kesihatan yang didukung oleh Kementerian Kesihatan,” katanya.
MOF berkata Lembaga Tabung Haji pula meluaskan peranan bank Islam, termasuk memperkasa impak sosial lestari melalui instrumen kewangan Islam bagi pengagihan bantuan secara lebih teratur kepada golongan miskin dan menguatkan sistem kewangan Islam melalui kerjasama strategik dengan institusi lain serta pemain industri kewangan Islam yang utama.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ringgit Mengukuh, Langau Menjauh
- Bersatu tidak cukup jantan letak calon Nenggiri, PAS tidak cukup jantan jadi Pengerusi PN.
- Ambiga Bakal PM 11
LTAT pula akan meningkatkan daya cipta nilai industri farmaseutikal Malaysia dengan memperluas kapasiti dalam penghasilan produk biofarmaseutikal tempatan.
Enam GLIC beri komitmen pelaburan domestik RM120 bilion
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Beza Antara Atlit Dengan Politikus
- MIC Akan Tinggalkan BN?
- Mahathir tak perlu cabar cari wang disembunyi, memadai lakukan lafaz sumpah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :