Hannah Yeoh pertahan tindakan bergambar dengan Kunlavut

Hannah Yeoh pertahan tindakan bergambar dengan Kunlavut

Hannah Yeoh pertahan tindakan bergambar dengan Kunlavut
HANNAH sempat bertemu jaguh angkat berat negara, Aniq Kasdan selepas aksi berlangsung kelmarin. – FB HANNAH YEOH

MENTERI belia dan Sukan, Hannah Yeoh mempertahankan tindakannya bergambar dengan pemenang pingat perak badminton Olimpik Paris 2024 dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn selepas dikritik peminat kononnya dakwaan tidak ada semangat patriotik.

Bagaimanapun, Hannah mengakui tindakannya itu adalah untuk menyemai kepentingan semangat kesukanan dan menyerlahkan nilai kecemerlangan, penghormatan dan persahabatan Olimpik.

“Titik permulaan yang sangat asas, yang pertama memahami nilai-nilai Olimpik iaitu hormat dan persahabatan. Semangat kesukanan adalah mengenai menerima kekalahan apabila semuanya sudah berlangsung dengan adil dan dapat mengiktiraf pesaing anda dengan cara yang terhormat.



“Saya bukan sekadar Menteri Sukan, saya juga Menteri Belia. Saya tidak hanya mementingkan kemenangan pingat sahaja kerana saya berada di sini untuk menanamkan budaya sukan yang sihat untuk belia kita.

“Kita bukan sakit hati bila kalah. Bukan sesuatu yang sensitif tentang mengakui kekuatan lawan kita selepas pertandingan. Sukan mengajar kita pelajaran yang sangat berharga tentang kehidupan dan inilah sebabnya ibu bapa mesti menggalakkan anak-anak untuk bersukan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Calon Ali Baba PAS




“Saya konsisten dalam mengamalkan semangat kesukanan yang baik dan saya mewakili Malaysia. Bersikaplah secara terhormat walaupun kita kalah. Jadi kepada jiran ASEAN kita, Thailand. Saya sekali lagi ucapkan Tahniah! Kita sepatutnya saling menyokong satu sama lain,” katanya.

Segelintir pengguna media sosial mengkritik Hannah tidak sensitif terutama selepas bergambar dengan Kunlavut yang juga antara pesaing yang menghalang pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia untuk melangkah ke pentas final.

Hannah Yeoh pertahan tindakan bergambar dengan Kunlavut

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Spin PRK Nenggiri Yang Tak Menjadi

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button