Malaysia sediakan ‘rumah’ buat Palestin

Malaysia sediakan ‘rumah’ buat Palestin

Malaysia sediakan ‘rumah’ buat Palestin
Stadium Kuala Lumpur, Cheras akan menjadi venue ‘home’ buat skuad kebangsaan Palestin untuk aksi kelayakan Piala Dunia 2026 bulan depan.

PETALING JAYA – Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi aksi kelayakan Piala Dunia 2026 melibatkan Palestin dan Jordan yang berlangsung di Stadium Kuala Lumpur, Cheras pada 10 September depan.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan mengesahkan Kuala Lumpur dipilih sebagai venue perlawanan selepas Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA) mengadakan perbincangan dengan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin baru-baru ini.

“PFA sebelum itu mencari venue yang sesuai untuk dijadikan gelanggang neutral atau gelanggang sendiri mereka bagi aksi kedua Kumpulan B kelayakan Piala Dunia 2026 susulan konflik peperangan yang berlaku di Gaza sejak Oktober tahun lalu.



“Selepas perbincangan, kata sepakat telah dicapai dan Hamidin bersetuju untuk menawarkan venue neutral di Malaysia dan Stadium Kuala Lumpur dipilih.

“FAM menyifatkan ia satu penghormatan yang cukup besar buat Malaysia kerana menjadi satu-satunya negara yang diberikan kepercayaan oleh Palestin untuk menjadi gelanggang neutral buat pasukan kebangsaan mereka.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Calon Ali Baba PAS




“Pada masa sama, FAM akan memberikan sokongan dan bantuan sepenuhnya kepada PFA sepanjang pasukan kebangsaan Palestin berada di negara ini,” katanya kenyataan tersebut.

Sebagai rekod, Malaysia sebelum ini pernah menjadi venue neutral bagi aksi pertama playoff kelayakan Piala Dunia 2018 antara Syria dan Australia di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 5 Oktober 2017.

Pada kelayakan Piala Dunia 2026 kali ini, Palestin diundi berada dalam Kumpulan B bersama-sama negara Korea Selatan, Iraq, Oman, Kuwait dan Jordan. – KOSMO! ONLINE

Malaysia sediakan ‘rumah’ buat Palestin


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Spin PRK Nenggiri Yang Tak Menjadi

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button