Hatrik Bergson pencetus pesta JDT lanyak KDA

Hatrik Bergson pencetus pesta JDT lanyak KDA

Hatrik Bergson pencetus pesta JDT lanyak KDA
HATRIK daripada Bergson (tengah) menjadi pencetus semangat buat para pemain JDT untuk membelasah KDA 6-0 kelmarin. – RAJA JAAFAR ALI

KETUA jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio terpukau dengan persembahan anak buahnya yang memberikan aksi terbaik ketika menjinakkan Kedah Darul Aman FC (KDA) 6-0 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim kelmarin.

Paling mencuri tumpuan ialah kelibat penyerang berbisa, Bergson Da Silva yang meledak hatrik keduanya musim ini sekali gus memulakan pesta gol JDT ke atas Sang Kenari.

Menurut Bidoglio, pemain menunjukkan semangat juang yang tinggi dari awal permainan dan terus konsisten untuk memburu lebih banyak gol bagi menghiburkan penonton di stadium.



“Pasukan mempersembahkan aksi memukau dengan memberi tekanan kepada pelawat menerusi serangan bertali arus dari setiap arah. Hasilnya, kita berjaya menjaringkan dua gol melalui Bergson.

“Dengan berada di kedudukan selesa di hadapan, pemain menjadi lebih bersemangat dengan meningkatkan tempo permainan dan mencari ruang untuk mencipta peluang gol. Saya puas hati permainan berakhir dengan jaringan yang besar,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Calon Ali Baba PAS




Pengendali berusia 56 tahun itu berkata, kemenangan bergaya itu membuktikan pemain mampu bermain sebagai satu unit yang efisien selain komited mencapai misi yang ditetapkan.

“Semua pemain termasuk simpanan wajar diberikan pujian kerana mengekalkan intensiti dan dinamik di atas padang. Mereka bermain dalam satu pasukan dan tidak bergantung kepada pemain tertentu sahaja,” katanya.

Dalam masa sama, Bidoglio turut memuji kesungguhan Arif Aiman Hanapi biarpun pemain sayap kanan itu gagal memahatkan namanya dalam senarai penjaring.

“Nasib Bergson dan Arif Aiman berbeza. Ketika Bergson menyinar dengan meledak hatrik, Arif Aiman pula buntu walaupun terdapat beberapa peluang keemasan mencipta jaringan.



“Saya yakin dia akan tampil lebih berbisa di hadapan gol selepas ini kembali dan menjadi watak penting buat pasukan dalam memburu tiga mata,” katanya.

Hatrik Bergson pencetus pesta JDT lanyak KDA

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Spin PRK Nenggiri Yang Tak Menjadi



PRK Nenggiri- PAS mengelak isu 60,000 ekar tanah dipajak 99 tahun kepada taikun Cina

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button