Lemas selepas jatuh dalam parit ketika temujanji

Lemas selepas jatuh dalam parit ketika temujanji

Lemas selepas jatuh dalam parit ketika temujanji
Gambar hiasan.

Bangkok: Tragisnya kisah ‘percintaan’ seorang lelaki di wilayah Isaan, Nakhon Ratchasima apabila dia lemas selepas terjatuh di dalam parit akibat serangan jantung ketika sedang bertemu janji dengan pasangannya.

Portal The Thaiger melaporkan, pegawai Balai Polis Mueang Nakhon Ratchasima menyiasat kematian lelaki berusia 30 tahun itu, yang namanya tidak didedahkan, di tepi parit di Jalan Kamhaeng Songkram.

Kawasan itu gelap namun pegawai berjaya menemui jasad tidak bernyawa memakai kemeja-T putih dan berseluar denim, dalam keadaan terapung.



Pasukan penyelamat dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mayat dari dalam air.

Pasukan penyelamat hanya mengambil masa lima minit untuk menaikkan mayat kerana air di dalam parit itu hanya paras lutut.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Calon Ali Baba PAS




Menurut pasangannya, Bee, 28, dia bertemu mendiang pada sebelah petang berhampiran Monumen Thao Suranari (Ya Mo).

Mereka sempat bersembang sebelum mencari tempat yang sunyi untuk meneruskan perbualan dan memilih untuk duduk di tepi parit.

Tanpa disangka, kira-kira jam 12.40 tengah malam, lelaki itu diserang angin ahmar ketika mereka sedang berbual dan terjatuh ke dalam air.

Bee berkata, dia tahu mengenai keadaan kesihatan pasangannya cuma pada mulanya menyangka mangsa mempermainkannya.



Katanya, dia memandang mangsa selama beberapa saat sebelum menyedari apa yang berlaku itu bukan gurauan.

Dia segera melaporkan kejadian itu kepada polis tetapi lelaki itu lemas sebelum mereka tiba.

Polis memindahkan mayat ke hospital berhampiran untuk bedah siasat bagi mengesahkan punca kematian.

Lemas selepas jatuh dalam parit ketika temujanji

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Spin PRK Nenggiri Yang Tak Menjadi

PRK Nenggiri- PAS mengelak isu 60,000 ekar tanah dipajak 99 tahun kepada taikun Cina



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button