Olimpik Paris: Shah Firdaus mara ke suku akhir
Olimpik Paris: Shah Firdaus mara ke suku akhir
KUALA LUMPUR – Atlet berbasikal trek kebangsaan, Muhammad Shah Firdaus Sahrom meneruskan kemaraan ke pusingan suku akhir keirin lelaki pada Sukan Olimpik Paris 2024 selepas memenangi saringan ketiga repechages.
Pada aksi yang berlangsung di Velodrom Saint Quentin en Yvelines, Paris sebentar tadi, pelumba berusia 29 tahun itu menampilkan kayuhan bertenaga, sekali gus masih menghidupkan harapan Malaysia untuk memenangi pingat emas.
Kemaraan ke suku akhir juga sedikit sebanyak mengubat kekecewaan seluruh rakyat Malaysia selepas jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang sekadar menamatkan saingan di saringan pertama.
Mengiringi Shah Firdaus ke suku akhir daripada saringan ketiga repechages tersebut adalah pelumba dari Kanada, Nick Wammes yang menamatkan saingan di kedudukan kedua.
Sebagai rekod, hanya dua pelumba yang berada di kedudukan teratas dalam setiap saringan repechages akan melayakkan diri untuk beraksi pada pusingan suku akhir nanti.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- HAMAS Umum Pengganti Ismail Haniyeh
- Isu Lawatan Pegawai Agama Islam Perak Ke Kuil: Mufti Terengganu Ada Jawapannya
- Muhyiddin yang memimpin PAS dalam PN
Terdahulu, Azizulhasni tersingkir daripada Olimpik edisi kali ini selepas penyertaannya pada saringan pertama dibatalkan selepas dia didapati memintas pacer terlalu awal. – KOSMO! ONLINE
Olimpik Paris: Shah Firdaus mara ke suku akhir
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Beza Antara Atlit Dengan Politikus
- MIC Akan Tinggalkan BN?
- Mahathir tak perlu cabar cari wang disembunyi, memadai lakukan lafaz sumpah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
PRK Nenggiri- PAS mengelak isu 60,000 ekar tanah dipajak 99 tahun kepada taikun Cina