Perisai Komuniti: Manchester City benam The Red Devils

Perisai Komuniti: Manchester City benam The Red Devils

Perisai Komuniti: Manchester City benam The Red Devils
Barisan pemain Manchester City meraikan kejayaan menjulang trofi Perisai Komuniti sebentar tadi. – Foto ihsan Getty Images

LONDON – Juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City melaungkan amaran awal selepas menewaskan seteru, Manchester United menerusi penentuan penalti 7-6 untuk menjulang Perisai Komuniti sebentar tadi.

Pada perlawanan di Stadium Wembley itu, skuad The Red Devils kendalian Erik Ten Hag membariskan kesebelasan terbaik dengan Bruno Fernandes, Marcus Rashford dan Mason Mount mengetuai jentera serangan.

Sementara itu, City pula sedikit tempang apabila terpaksa mempertaruhkan pemain akademi di jentera tengah seperti Nico O’Reilly, James McAtee dan Oscar Bobb manakala Erling Haaland kekal diberi peranan merobek gawang United.



Kedua-dua pasukan dilihat mempamerkan corak permainan berhati-hati di awal saingan dengan City lebih banyak mendominasi perlawanan tetapi gagal memecahkan sebarang kebuntuan.

Aksi lebih rancak pada babak kedua apabila United yang menggunakan taktikal serangan balas pantas berjaya mendahului menerusi ledakan pemain gantian, Alejandro Garnacho pada minit ke-82.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Calon Ali Baba PAS




Ketika The Red Devils sudah berada di ambang kemenangan, City berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan menarik perancang tengah, Bernardo Silva sebelum wisel penamat ditiupkan.

Keputusan seri 1-1 menyaksikan saingan terpaksa ditentukan terus ke penentuan sepakan penalti tanpa mengharungi masa tambahan.

Dua pemain United, Jadon Sancho dan Johny Evans gagal menyudahkan sepakan penalti yang diambil sekali gus menyaksikan City kendalian Pep Guardiola menang 7-6 menerusi penentuan penalti. – KOSMO! ONLINE

Perisai Komuniti: Manchester City benam The Red Devils




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Spin PRK Nenggiri Yang Tak Menjadi

PRK Nenggiri- PAS mengelak isu 60,000 ekar tanah dipajak 99 tahun kepada taikun Cina



 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button