‘Rumah jagaan warga emas buat saya tenang’
‘Rumah jagaan warga emas buat saya tenang’
Beijing: Selepas jatuh sakit, seorang wanita berusia 38 tahun di China nekad tinggal di rumah jagaan warga emas demi mencari ketenangan.
Oddity Central melaporkan, Yang bekerja sebagai penulis skrip dalam industri filem dan televisyen selama 11 tahun mempunyai jadual padat dan beban kerja yang melampau hingga menjejaskan kesihatannya.
Awal tahun ini, Yang jatuh sakit dan perlu dimasukkan ke hospital.
Doktor memberitahu Yang dia perlu bertenang atau akan mengalami masalah kesihatan yang lebih serius, jadi wanita itu memutuskan untuk mencari jalan untuk memperlahankan rutin hariannya.
Kedua-dua ibu bapanya sudah meninggal dunia dan dia tidak mempunyai keluarga terdekat, jadi dia mencari tempat untuk berehat dan memulihkan diri.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- HAMAS Umum Pengganti Ismail Haniyeh
- Isu Lawatan Pegawai Agama Islam Perak Ke Kuil: Mufti Terengganu Ada Jawapannya
- Muhyiddin yang memimpin PAS dalam PN
Ketika melakukan carian di Internet, Yang terbaca mengenai rumah jagaan dan ketenangan hidup di sana serta memutuskan untuk mencubanya sendiri.
“Terdapat dua sebab mengapa saya memilih rumah jagaan dan bukannya hotel.
“Pertama, saya sangat ingin tahu mengenai rumah jagaan itu dan melihat bagaimana keadaannya sama ada ia membosankan seperti yang dikatakan semua orang
“Kedua kerana saya sakit, saya berharap untuk mempunyai tempat untuk berehat, mendapatkan rawatan perubatan asas, dan makan secara sihat.
“Saya sering berjaga hingga lewat malam di tempat kerja sebelum ini, dan sering tidak dapat tidur lena,
“Tahun lalu, saya dimasukkan ke hospital selama sebulan kerana terlalu banyak kerja. Selepas itu, saya mahu menjalani kehidupan yang baik, perlahan-lahan, dan mencari tempat untuk memulihkan diri.
“Kerja dan rehat saya sangat teratur sekarang. Saya tidur sekitar jam 9 malam, tetapi saya bangun awal pagi. Saya membaca buku, menulis novel, dan menulis memoir untuk orang tua setiap hari.
“Saya tidak berasa sunyi atau bosan di rumah jagaan, “kata Yang kepada 6Park News.
‘Rumah jagaan warga emas buat saya tenang’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Beza Antara Atlit Dengan Politikus
- MIC Akan Tinggalkan BN?
- Mahathir tak perlu cabar cari wang disembunyi, memadai lakukan lafaz sumpah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
PRK Nenggiri- PAS mengelak isu 60,000 ekar tanah dipajak 99 tahun kepada taikun Cina