Bella Astillah Dah Tak Tahan Kena Sindir, Akhirnya Bersuara

“Kepada Mak Mentua Saya” –

Bella Astillah Dah Tak Tahan Kena Sindir, Akhirnya Bersuara

Bella Astillah Dah Tak Tahan Kena Sindir, Akhirnya Bersuara

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah baru-baru ini telah membuat satu hantaran balas untuk ditujukan kepada bekas ibu mentuanya.

Dalam hantaran di Instagram milik @bellaastillah, dia telah meluahkan rasa kecewa dengan sikap bekas ibu mentuanya yang telah masuk campur dalam hal keluarganya.





Sudah lama Bella berdiam diri selepas kisah di antara dia dan bekas suaminya, Aliff Aziz, namun dikatakan ibu mentuanya sering memerlinya di Instagram.

 

Saya bersabar setiap hari. Kamu sindir saya setiap hari walaupun kamu cakap itu adalah posting general tapi rakyat Malaysia cukup bijak even mereka sendiri tahu itu semua untuk saya. Saya telan semuanya.

Dalam hantaran tersebut, Bella juga telah menegaskan bahawa dia tidak pernah menghalang Aliff untuk berjumpa dengan anak-anaknya walaupun mereka sudah bercerai.



Walau bagaimanapun, tersimpan rasa kecewa dalam dirinya apabila mengetahui tentang perbualan di antara Aliff Aziz dan Ruhainies yang cuba untuk menjatuhkannya.

Tapi itu sebelum saya dapat tahu AA dan R merancang untuk menjatuhkan saya, mengutuk saya dan menyebarkan aib saya. Ingat saya ini tak ada perasaan? Bila saya baca semua perbualan mereka betapa hancurnya hati saya kerana ini adalah plot twist terbesar dalam hidup saya.

Apa yang lebih mengecewakan, apabila Bella mendakwa bekas ibu mentuanya itu telah membuang nombor telefonnya dari goup Whatsapp keluarga, tanpa memberi Bella peluang untuk menjelaskan apa-apa.

Kepada mak mertua saya, semasa kamu semua buang saya dari grup WhatsApp family begitu sahaja tanpa dengar penjelasan saya, bluetick saya, tanpa tanya khabar saya dan anak-anak, siap unfollow saya (menantu yang menjaga anak awak, bukan saya yang dijaga tapi menjaga bertahun2 bertarung nyawa melahirkan zuriat anak awak) lepas tu kamu boleh pula follow perempuan yang sudah menjadi punca cucu kamu kehilangan bapa?



Difahamkan juga, sehingga kini keluarga Aliff tidak pernah memohon maaf kepada beliau, malah mereka memerli Bella dengan membuat video-video sakarstik di media sosial.

Sehingga hari ini tiada kata maaf daripada anda sekeluarga, perli saya dengan membuat video-video sarkastik melalui media sosial tentang kereta dan sebagainya.

Bella juga berharap, keluarga Aliff dapat memberi ruang kepadanya buat sementara waktu.

Jadi, buat sementara waktu ni berilah kami ruang. Jauhkanlah diri kalian.



Last but not least, saya merayu jangan cakap saya gunakan anak-anak sebagai alasan. Saya menjaga mental health dan ketenangan anak anak untuk membesar dengan baik dan positif. Saya pernah gunakan anak-anak dulu pun bekas suami tetap tak balik rumah.

Menurut Bella, tindakannya ini tidak akan membuatkan anak-anaknya melupakan bapa mereka sendiri dan dia juga masih tahu hukum apabila memisahkan anak dan bapa.

Bella Astillah Dah Tak Tahan Kena Sindir, Akhirnya Bersuara

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Spin PRK Nenggiri Yang Tak Menjadi

PRK Nenggiri- PAS mengelak isu 60,000 ekar tanah dipajak 99 tahun kepada taikun Cina


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Calon Ali Baba PAS

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button