Gagal dapat duit, perompak bertindak ganas gigit dada mangsa

Gagal dapat duit, perompak bertindak ganas gigit dada mangsa

Gagal dapat duit, perompak bertindak ganas gigit dada mangsa
GAMBAR fail

New Delhi: Dua lelaki bertindak menyerang anak lelaki pemilik sebuah premis di Hussainganj di Uttar Pradesh, India selepas gagal melakukan rompakan, lapor The Times of India.

Insiden itu disaksikan ramai orang yang berada di dalam premis, kata polis pada Khamis.

Difahamkan, premis itu milik Lakshmi Devi Sahu yang diusahakan dengan dua anaknya, Shekhar Sahu dan Rita Sahu sebagai pembantu.



Ketika melakukan kerja mengagihkan catuan pada petang Ahad kira-kira jam 5.30 petang, dua suspek dikenali Imran dan Mojjam , tiba di premis dan cuba melakukan rompakan sehingga mencetuskan kekecohan.

Lantaran gagal mendapatkan wang, mereka menyerang Shekhar dan memukulnya dengan teruk.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Calon Ali Baba PAS





Dua suspek berkenaan turut mengancam untuk membunuhnya jika dia tidak menurut permintaan mereka.

“Ketika serangan itu, mereka menggigit bahagian dada Shekhar dan mengoyakkan seketul daging.

“Orang ramai yang berada di tempat kejadian cuba campur tangan dan selepas berasa dalam bahaya, suspek terbabit melarikan diri dari tempat kejadian,” kata Shekhar.

Susulan insiden itu, mangsa tampil membuat laporan polis.



Deputi Komisioner Polis (DCP) Manisha Singh berkata , usaha sedang dijalankan untuk menangkap kedua-dua suspek terbabit.

Gagal dapat duit, perompak bertindak ganas gigit dada mangsa


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Spin PRK Nenggiri Yang Tak Menjadi



PRK Nenggiri- PAS mengelak isu 60,000 ekar tanah dipajak 99 tahun kepada taikun Cina

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button