Kamala Harris janji lancar manifesto minggu depan, tumpu turun harga barang
Kamala Harris janji lancar manifesto minggu depan, tumpu turun harga barang
Washington: Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) dan calon presiden Parti Demokrat Kamala Harris berjanji untuk melancarkan manifesto beliau minggu depan yang akan memberi tumpuan kepada pengukuhan ekonomi dan penurunan harga barang, lapor Sputnik.
“Minggu depan. Dan ia akan memberi tumpuan kepada ekonomi, apa yang perlu kita lakukan untuk mengurangkan kos dan mengukuhkan ekonomi secara keseluruhan,” kata Harris kepada pemberita apabila ditanya mengenai pelancaran manifestonya.
Parti Republikan menyalahkan pentadbiran Demokrat kerana kenaikan inflasi dan harga barang dengan menyatakan dasar ekonomi mereka gagal.
Menurut ahli sosiologi, isu pengurangan perbelanjaan kekal menjadi keutamaan bagi pengundi.
Penyandang presiden AS Joe Biden sebelum ini memutuskan untuk tidak bertanding semula bagi penggal kedua dan menyokong naib presidennya, Harris sebagai penggantinya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- HAMAS Umum Pengganti Ismail Haniyeh
- Isu Lawatan Pegawai Agama Islam Perak Ke Kuil: Mufti Terengganu Ada Jawapannya
- Muhyiddin yang memimpin PAS dalam PN
Pilihan raya presiden AS akan berlangsung pada 5 November.
Bekas presiden Donald Trump secara rasmi telah dicalonkan oleh Parti Republikan sebagai calon Presiden.
Trump akan bergandingan dengan Senator Ohio J.D. Vance manakala Harris bergandingan dengan Gabenor Minnesota, Tim Walz.
Kamala Harris janji lancar manifesto minggu depan, tumpu turun harga barang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Beza Antara Atlit Dengan Politikus
- MIC Akan Tinggalkan BN?
- Mahathir tak perlu cabar cari wang disembunyi, memadai lakukan lafaz sumpah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
PRK Nenggiri- PAS mengelak isu 60,000 ekar tanah dipajak 99 tahun kepada taikun Cina