Liga Super: Kuching City nafikan hajat Penang raih tiga mata

Liga Super: Kuching City nafikan hajat Penang raih tiga mata

Liga Super: Kuching City nafikan hajat Penang raih tiga mata
TCHETCHE Kipre (kiri) muncul penyelamat Kuching City FC apabila meledak gol kedua untuk mengikat Penang FC 2-2 pada aksi di Stadium Negeri, petang tadi. – MFL

KUALA LUMPUR – Kuching City FC terus mncuri perhatian apabila pamer kebangkitan untuk mengikat Penang FC 2-2 pada aksi di Stadium Negeri, petang tadi.

Keputusan itu memastikan kelab Sarawak itu kekal tanpa kalah dalam empat aksi terakhir Liga Super.

Pada perlawanan kali ini, aksi seakan lebih berpihak kepada Penang FC yang memperoleh dua gol pantas di hujung babak pertama menerusi Joao Ferreira de Oliviera Neto pada minit ke-38 sebelum Rodrigo Dias mengukuhkan kedudukan, empat minit selepas itu.



Hanya 14 minit selepas aksi bersambung, Jimmy Raymond yang sering beraksi cemerlang dalam perlawanan terdahulu sekali lagi mencuri perhatian apabila mencipta umpanan buat Zahrul Nizwan Joe Kifli menghasilkan gol pertama tuan rumah.

Kesilapan penjagagol Penang FC, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman pada minit ke-78 yang gagal menepis dengan lebih baik sepakan percuma Mohamad Alif Hassan membuka ruang buat Tchetche Kipre melakukan tindakan susulan sekaligus menghasilkan jaringan penyamaan Kuching City FC.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Calon Ali Baba PAS



Ketika ini, selepas harungi lapan perlawanan The Cats berada di tangga kelima Liga Super dengan 11 mata dan selepas ini dijadualkan menentang pasukan tercorot, Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), Sabtu ini. – KOSMO! ONLINE

Liga Super: Kuching City nafikan hajat Penang raih tiga mata


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Spin PRK Nenggiri Yang Tak Menjadi



PRK Nenggiri- PAS mengelak isu 60,000 ekar tanah dipajak 99 tahun kepada taikun Cina

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button