Mengemis, tapi rumah tiga tingkat

Mengemis, tapi rumah tiga tingkat

Mengemis, tapi rumah tiga tingkat
PEGAWAI jabatan kebajikan sosial wilayah Jakarta datang memberi peringatan kepada wanita warga emas kerana menyamar sebagai pengemis di jalanan. FOTO Agensi

Jakarta: Menggemparkan apabila terbongkar kisah warga emas wanita dan anaknya yang menyamar menjadi pengemis tetapi hidup senang dengan memiliki rumah tiga tingkat.

Tribunnews melaporkan, kisah itu mendapat perhatian selepas perkongsian pencipta kandungan, Pratiwi Noviyanthi di saluran Youtube tular.

Susulan pendedahan itu, jabatan kebajikan sosial wilayah Jakarta datang ke kediaman wanita berkenaan untuk menyiasat.



Dalam kunjungan itu, pegawai bertugas peringatan supaya tidak kembali mengemis di jalanan.

Terdahulu, wanita itu dan anaknya dilaporkan menyamar dengan menjadi pengemis di jalanan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Calon Ali Baba PAS




Dia dan anaknya bagaimanapun ditahan dalam satu operasi dijalankan bermula awal bulan ini hingga 31 Ogos depan.

Bertitik tolak daripada situ, terbongkar identiti dua beranak itu yang sebenarnya tidak termasuk dalam golongan susah.

Ia kerana mereka memiliki rumah tiga tingkat di Teluk Gong Selatan dekat Jakarta Utara.

Maklumat itu diperoleh hasil siasatan dan pemeriksaan pegawai bertugas ketika mengadakan kunjungan ke rumah dua beranak itu.



Semakan juga mendapati mereka cukup keperluan harian. Bagaimanapun, dua beranak itu mengemis dengan alasan untuk membeli ubat untuk ibunya.

Mengemis, tapi rumah tiga tingkat

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Spin PRK Nenggiri Yang Tak Menjadi



PRK Nenggiri- PAS mengelak isu 60,000 ekar tanah dipajak 99 tahun kepada taikun Cina

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button