Syarikat kategori belum mandatori turut cuba MyInvois

Syarikat kategori belum mandatori turut cuba MyInvois

Syarikat kategori belum mandatori turut cuba MyInvois
LIM Hui Ying. FOTO BERNAMA

Johor Bahru: Pelaksanaan sistem MyInvois Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bermula 1 Ogos lepas mendapat maklum balas positif, termasuk dari syarikat-syarikat yang belum berada dalam kategori mandatori.

Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata, ini berikutan terdapat banyak syarikat yang mencuba untuk menggunakan sistem itu, walaupun fasa pertama pelaksanaannya hanya membabitkan syarikat yang merekodkan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta.

“Kita sering menghadapi pertanyaan daripada peniaga kecil, terutama dalam kategori ketiga, iaitu pelaksanaan yang membabitkan semua lapisan pembayar cukai pada Julai 2025, mengenai cara mengeluarkan e-invois.



“Meskipun Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengumumkan bahawa peniaga kecil yang mempunyai jualan tahunan di bawah RM150,000 tidak perlu mengeluarkan e-invois, namun banyak syarikat di luar kategori mandatori mula menggunakan Portal MyInvois,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Jelajah Madani mengenai e-invois, Budi Madani dan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tahap kesedaran dan maklum balas yang diterima susulan pelaksanaan sistem itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Calon Ali Baba PAS




Sehubungan itu, beliau menyeru pembayar cukai untuk cuba membiasakan diri menggunakan sistem itu lebih awal demi kemudahan pada masa akan datang, serta memastikan segala maklumat yang diperlukan dikemas kini dengan tepat dan lengkap.

LHDN dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan e-Invois akan dilaksanakan secara berperingkat dengan fasa pertama membabitkan 5,000 syarikat yang merekodkan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta bermula 1 Ogos.

Fasa kedua akan bermula pada 1 Januari 2025, membabitkan syarikat yang merekodkan pendapatan atau jualan tahunan antara RM25 juta hingga RM100 juta dan seterusnya membabitkan semua pembayar cukai mulai 1 Julai 2025.

Sabtu lepas, Lim dipetik sebagai berkata, lebih 3,500 syarikat mengemukakan 3.5 juta invois menerusi fasa pertama pelaksanaan MyInvois.



 

Syarikat kategori belum mandatori turut cuba MyInvois


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Spin PRK Nenggiri Yang Tak Menjadi



PRK Nenggiri- PAS mengelak isu 60,000 ekar tanah dipajak 99 tahun kepada taikun Cina

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button