Tekad ‘angkat kaki’ selepas ibu mentua kongsi guna ubat gigi

Tekad ‘angkat kaki’ selepas ibu mentua kongsi guna ubat gigi

Tekad 'angkat kaki' selepas ibu mentua kongsi guna ubat gigi
FOTO hiasan

Rom: Seorang lelaki nekad ‘angkat kaki’ daripada meneruskan percutian dengan keluarga di Eropah selepas ibu mentuanya menggunakan ubat giginya.

Menerusi perkongsian di Reddit, lelaki itu, 38, mendedahkan dia dan isterinya, 35, merancang untuk bercuti ke Venice, Itali dengan anak perempuan berumur lima tahun.

Bagaimanapun, percutian itu diketahui ibu mentua lelaki berkenaan dan diajak turut serta.



“Isteri saya bersetuju tetapi agak keberatan,” kata lelaki itu.

“Isteri saya merancang segala-galanya, menempah hotel dan restoran,” tambahnya


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Calon Ali Baba PAS




Akan tetapi, lelaki itu kecewa kerana isterinya hanya menempah satu bilik untuk empat orang dengan dua katil bersaiz queen hingga mencetukan beberapa siri konflik.

Tambah lelaki itu, ibu mentuanya mengambil ruangnya dan berkongsi produk seperti pencuci muka, syampu dan losyen selain duduk di atas katilnya bersama isteri.

“Ia sangat tidak bersih bagi saya. Saya tidak suka dia duduk di atas katil saya dan isteri, kerana saya seorang yang sangat peribadi,” kata lelaki itu.

“Dia juga menyelongkar beg pakaian kami untuk mencari getah rambut, dan saya sangat kesal kerana dia berbuat demikian tanpa bertanya kepada saya. Saya tidak suka dia melihat barang kami apabila kami tiada, jadi saya menguncinya,” katanya.



Tahap kesabaran lelaki itu sampai di kemuncaknya selepas menyedari ibu mentuanya menggunakan ubat gigi miliknya dan isteri.

“Saya kemudian menukar tarikh tiket kapal terbang dan terus pulang ke rumah. Isteri saya menghubungi saya beberapa kali.

“Selepas itu, isteri menjerit kepada saya dan mengatakan bahawa anak perempuan kami kecewa,” katanya yang menyatakan bahawa isterinya mempunyai kad bank sendiri dan boleh pulang ke rumah atau terus tinggal di Itali.

Menurut lelaki itu, dia tidak menjawab panggilan isterinya kerana mahu ruang untuk bertenang demi kesihatan mentalnya.



“Saya berasa sedih bahawa anak perempuan kami terperangkap dalam situasi itu, tetapi saya tak dapat terima tindakan ibu mentua jadi menetapkan beberapa sempadan sebelum ia menjadi lebih teruk,” katanya.

Tekad ‘angkat kaki’ selepas ibu mentua kongsi guna ubat gigi

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Spin PRK Nenggiri Yang Tak Menjadi

PRK Nenggiri- PAS mengelak isu 60,000 ekar tanah dipajak 99 tahun kepada taikun Cina



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button