China mula bina gali terowong di Aksai Chin
China mula bina gali terowong di Aksai Chin

New Delhi: Tentera China dipercayai mula menggali terowong dan membina syaf di lereng bukit di sepanjang lembah sungai yang sempit sejauh 60 kilometer (km) ke timur Dataran Depsang di Ladakh Utara, India.
Ia bagi membina beberapa tempat perlindungan serta kubu untuk askar, juga untuk tujuan persenjataan.
Portal NDTV melaporkan, tapak yang dikenal pasti dalam laporan itu terletak di Aksai Chin, wilayah dikuasai oleh China dan dituntut oleh India.
Pakar georisikan antarabangsa yang menganalisis imej diperoleh oleh NDTV daripada Maxar Technologies, mengenal pasti sekurang-kurangnya 11 portal atau syaf yang ditebuk pada permukaan batu di kedua-dua tebing di lembah sungai.
Imej itu menunjukkan aktiviti pembinaan besar-besaran sejak beberapa bulan lalu. Ia kemungkinan besar adalah cubaan untuk membina perlindungan daripada serangan udara oleh India, juga artileri jarak jauh.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Majlis Peguam membisu hal memo AGC bocor.
- Dr Noor Hisham Mesti Di Siasat Atas Kemusnahan Di Era Pandemik Covid-19
- Isu Dana Judi: SPRM Akan Panggil Ahli Politik Bergelar Datuk Seri & Datuk
Dalam temu bual eksklusif dengan NDTV pada Selasa, Menteri Luar S Jaishankar menyelar langkah terbaru China yang dengan memasukkan seluruh negeri Arunachal Pradesh, India dan Aksai Chin dalam peta standard baharunya.
“China mengeluarkan peta dengan wilayah bukan milik mereka. Ia adalah tabiat lama. Hanya dengan meletakkan peta dengan bahagian (mengandungi wilayah) India… ia tidak mengubah apa-apa.
“Kerajaan (India) sangat jelas ia adalah wilayah kita. Membuat dakwaan tidak masuk akal bukan menjadikan wilayah orang lain milik kamu,” katanya.
Pakar melihat aktiviti China di Aksai Chin sebagai tindakan terdesak untuk mengimbangi kelebihan India.
China pada Isnin mengeluarkan peta standardnya untuk edisi 2023 yang turut meliputi seluruh negeri Arunachal Pradesh, India; wilayah Aksai Chin, Taiwan, dan kawasan di perairan Laut China Selatan yang dituntut pelbagai negara termasuk Malaysia.
Berdasarkan peta itu, ia memasukkan Arunachal Pradesh yang didakwa China sebagai Tibet Selatan dan Aksai Chin, wilayah India yang dikuasai China pada 1962 sebagai sebahagian daripada negara berkenaan.
Peta sama memasukkan seluruh kawasan maritim di dalam sembilan titik ‘Nine Dash Line’ atau Sembilan Garis Putus di Laut China Selatan. Vietnam, Filipina, Malaysia, Brunei dan Taiwan turut menuntut beberapa kawasan di Laut China Selatan yang dituntut China itu.
China mula bina gali terowong di Aksai Chin
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :