Benarkah Kerajaan Takut Dengan Populariti Hadi

Benarkah Kerajaan Takut Dengan Populariti Hadi

Benarkah Kerajaan Takut Dengan Populariti Hadi

 

Terlebih dahulu ingin penulis nyatakan di sini, artikel ini bukan untuk mempertahankan atau mengkritik mana-mana parti politik atau pemimpin.

Penulis tidak menyebelahi mana-mana pihak, sama ada kerajaan atau pembangkang.



Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Saifuddin Nasution, kini diserang oleh pemimpin PAS yang mempertahankan presiden mereka, Hadi Awang.

Isunya sangat jelas.

Hadi Awang dalam ucapan penggulungan di Muktamar Tahunan PAS ke 70 telah menuduh kerajaan sebagai kerajaan munafik.

Ekoran dari itu, Saifuddin telah menjawab tuduhan tersebut dan menganggap politik Hadi Awang sebagai politik kebencian yang penuh dengan dendam.



Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, menganggap Saifuddin terdesak kerana kedudukan jawatan menteri Saifuddin tergugat.

Beliau juga menuduh Saifuddin menyalahgunakan surat yang berlambangkan jata kerajaan.

Razman Zakaria juga mendakwa kenyataan media Saifuddin itu tidak lebiih tarafnya dari kenyataan cyber trooper.

“Adalah satu keganjilan seorang menteri dengan kenyataan media menggunakan jata negara mengulas muktamar dan ucapan seorang presiden parti politik.”



“Apakah beliau keliru membezakan antara tugas seorang menteri dan setiauasaha sebuah parti politik.”

“Atau sudah menjadi kebiasaan bagi beliau menggunakan kedudukan sebagai menteri untuk menyerang parti lawan?”, dakwa beliau.

Menyerang Biar Berfakta

Manakala Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim, pula menyerang Saifuddin dari sudut yang lain.

Beliau mendakwa ketakutan dan kegelisahan Pakatan Harapan kepada PAS serta presiden parti, Hadi Awang amat  terserlah.



“Sejak penubuhan PAS, Hadi adalah sosok yang telah berjaya mengangkat PAS bersama dengan Perikatan Nasional ke tahap tertinggi.”

“Walaupun Hadi difitnah dengan pelbagai perkara, namun dia berjaya membawa bersamanya 42 orang MP.”

“Berbanding PKR yang mempunyai hanya 31 orang,” kata Tuan Ibrahim.

Kita akui, dalam PRU 15, PAS berjaya menambah bilangan kerusi di Dewan Rakyat.



Tetapi apakah faktor utama yang menyumbang kejayaan tersebut?

Adakah kerana mendapat sokongan padu dari rakyat atau kerana sedekah?

Hadi sendiri bernasib baik kerana pendakwaan ke atas beliau digugurkan kerana saksi utama hilang tanpa dikesan.

PRU 15 diadakan pada tahun 2022 dan PRN 6 Negeri diadakan pada tahun 2023, tetapi PRK Nenggiri diadakan pada tahun 2024.



Kenapa tidak diulas tentang PRK Nenggiri untuk dijadikan dalil populariti Hadi?

 

Benarkah Kerajaan Takut Dengan Populariti Hadi

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button