Azlan Shah umum persaraan
Azlan Shah umum persaraan
Kuala Lumpur: Pelumba negara yang layak dilabel sebagai antara paling berjaya dan pernah berentap di pentas Kejuaraan Motosikal Dunia, Azlan Shah Kamaruzaman mengumumkan persaraannya daripada pentas perlumbaan dua roda.
Bersaing di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) bersama pasukan TKKR BMW Racing pada musim ini, pelumba berusia 39 tahun itu membuat mengumumkan perkara berkenaan di laman sosial media rasminya.
“Saya dengan rasa penuh syukur dan berat hati, saya ingin mengumumkan untuk membuat keputusan bersara daripada sukan dua roda yang sudah menjadi sebahagian besar daripada hidup saya.
“Perjalanan ini penuh dengan cabaran, kegembiraan, dan pelbagai pengalaman yang sukar dilupakan.
“Keputusan ini bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi ia adalah keputusan yang saya ambil dengan penuh pertimbangan,” kata Azlan, pelumba kelahiran Selangor.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Beginikah Cara Pendidikan Islam Di GISBH
- Ahli GISBH Mengaku Tidak Bersalah Dan Mohon Kurang Ikat Jamin
- Kerosakan PAS bermula dari kepimpinan atasan.
Seperti kebanyakan pelumba negara lain, Azlan memulakan karier panjangnya dalam arena sukan permotoran dua roda di perlumbaan Cub Prix.
Selepas melakar kejayaan bergelar juara keseluruhan CP130 dalam saingan Cub Prix pada 2012, Azlan berjaya melakar kejayaan lebih bermakna apabila merangkul gelaran Asia pertamanya pada 2013 dalam kelas elit SS600.
Azlan Shah umum persaraan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tiga Ahli GISBH Di Dakwa Atas Pertuduhan Liwat
- Polis Gagalkan Usaha 5 Ahli GISBH Lari Ke Thailand
- Masa depan politik PAS malap jika terus dipimpin Haji Hadi.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
PN Terdesak Hingga Jual Nama Keluarga Allahyarhamah Syarifah Azizah Di Mahkota