Gergasi Merah ikat Muangthong

Gergasi Merah ikat Muangthong

Gergasi Merah ikat Muangthong
AKSI pemain Selangor FC cuba melepasi kawalan dua pemain Muangthong. FOTO FB Selangor FC

Kuala Lumpur: Selangor FC membawa pulang satu mata selepas mengikat Muangthong United 1-1 dalam aksi pertama Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) di Stadium Rajamangala, sebentar tadi.

Skuad kendalian Nidzam Jamil terlebih dahulu diuji seawal minit kedua namun percubaan penyerang tuan rumah Kakana Khamyok melambung tinggi sekali gus melegakan kem Selangor FC.

Walaupun, tuan rumah sering mengatur serangan berbahaya namun skuad Gergasi Merah tidak berdiam diri apabila turut menguji gawang lawan hingga hampir menyumbat gol pertama perlawanan.



Peluang terbaik Selangor FC hadir menerusi Ali Olwan pada minit ke-20 namun percubaannya dinafikan penjaga gol Muangthong United Kittipong Phoothawchuek.

Memasuki babak kedua menyaksikan Selangor FC membuat tukaran pemain dengan memasukkan Yohandry Jose Orozco bagi menghidupkan jentera serangan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Benarkah Kerajaan Takut Dengan Populariti Hadi




Ternyata percaturan terbabit membuahkan hasil apabila hasil lorongan Orozco berjaya disempurnakan Ronnie Fernandez pada minit ke-48 untuk kedudukan 1-0.

Ternyata jaringan terbabit meniup semangat Selangor FC untuk memburu gol apabila Alvin Fortes hampir mencipta jaringan kedua selang satu minit kemudian namun sepakannya berjaya ditampan penjaga gol lawan.

Fernandez hampir menambah jaringan kedua buat Selangor FC namun golnya pada minit ke-53 hasil daripada sepakan percuma tidak dikira kerana dia berada di kedudukan ofsaid.

Ketika selangor FC ‘sibuk’ mahu menambah gol, Muangthong United pula melancarkan serangan berbahaya sebelum berjaya menyamakan kedudukan pada minit 54 menerusi pemain muda Purachet Thodsand untuk kedudukan 1-1.



Usaha Selangor FC untuk mencari gol kemenangan tidak berhasil apabila setiap serangan berjaya dinafikan penjaga penjaga gol lawan. Malah, aksi yang dipamerkan Azim Al Amin juga harus mendapat pujian apabila menyelamatkan sekurang-kurangnya lima percubaan berbahaya Muangthong United untuk memastikan kedudukan 1-1 kekal hingga tamat perlawanan.

Perlawanan seterusnya menyaksikan Selangor FC akan melayani kunjungan Muangthong United pada 28 November sekali gus berpeluang untuk meraih kemenangan apabila aksi terbabit berlangsung di laman sendiri.

Gergasi Merah ikat Muangthong

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



PN Terdesak Hingga Jual Nama Keluarga Allahyarhamah Syarifah Azizah Di Mahkota

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button