MSN fokus sukan lubuk emas

MSN fokus sukan lubuk emas

MSN fokus sukan lubuk emas
ABDUL Rashid bergambar bersama pasukan negara pada sidang media Persatuan Kumpulan Estetik Gimnastik Malaysia di Auditorium Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil hari ini. Turut sama Presiden MAGGA Datuk Abdul Malek Mohd Noor dan Timbalan Presiden MAGGA Datuk Radhakrishnan. FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Majlis Sukan Negara (MSN) mengambil langkah awal untuk memperkasakan beberapa program latihan yang dilihat bakal menjadi ‘lubuk emas’ pada Sukan Sea 2025 di Thailand.

Ketua Pengarah MSN, Abdul Rashid Yaakub berkata, pihaknya akan melihat secara keseluruhan sukan dipertandingkan nanti dan memberi tumpuan secara khusus kepada jenis sukan berkenaan agar atlet negara dapat menampilkan prestasi cemerlang.

Selain itu, enam jenis sukan disenaraikan semula memberi kelebihan kepada Malaysia dalam mendapatkan lebih banyak pingat emas sekali gus membaiki prestasi pada edisi di Kemboja pada 2023.



“Kita akan lihat sukan yang memang kita ada kekuatan dalam 50 jenis sukan (dipertandingkan). Mungkin ada 15 hingga 20 jenis sukan boleh memberikan kita pingat emas. Cuma bilangan itu kena tengok satu persatu, acara demi acara, sukan demi sukan yang mana yang boleh membawa kelebihan kepada kita.

“Selepas kita dapatkan semua analisa dan data ini, maka kita boleh memberi tumpuan sukan itu. Kita akan terus laksanakan selepas diputuskan secara keseluruhan sukan apa yang akan dipertandingkan di Thailand nanti.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Benarkah Kerajaan Takut Dengan Populariti Hadi




Program itu kita akan laksanakan pada hujung tahun ini dan awal tahun depan juga,” katanya selepas majlis penyerahan bendera kepada kontinjen negara yang akan bertanding di Kejohanan Antarabangsa Unite di MSN, Bukit Jalil, hari ini. S

Sementara itu, Abdula Yazid tidak melihat keputusan kurang cemerlang di Sukan Sea Kemboja sebagai mimpi ngeri sebaliknya satu pendedahan terbaik kerana menghantar lebih 60 peratus atlet muda dan pelapis negara.

Untuk rekod, kontinjen Malaysia berdepan detik hitam di pentas Sukan Sea apabila gagal mencapai sasaran 40 pingat emas yang ditetapkan sebelum ini. Malaysia menduduki tempat ketujuh selepas mengutip 34 pingat emas, 45 perak dan 97 gangsa dan itu pencapaian terburuk dalam sejarah penyertaan dalam temasya dwi tahunan itu sejak 1959.

Terdahulu, enam jenis sukan iaitu tenpin boling, angkat berat, wushu, karate, jujitsu dan kabaddi yang digugurkan sebelum ini disenaraikan semula pada Sukan Sea 2025 di Thailand.



Pada perkembangan sama, Timbalan Presiden Persatuan Kumpulan Estetik Gimnastik Malaysia (MAGGA), Datuk V Radahkrishnan memaklumkan seramai 1000 peserta daripada sembilan negara bakal bertanding di Kejohanan Antarabangsa Unite pada 25 hingga 29 September ini di Klang.

Ia juga pendedahan terbaik buat atlet negara sebelum kejohanan penting pada bulan hadapan. “Lima emas disasarkan kepada kontinjen negara daripada 17 kategori yang dipertandingkan. Sasaran itu mampu dicapai kerana di Asia kita berada di ranking pertama.

“Pertandingan ini medan pemanas badan kepada atlet negara sebelum bertanding di Kejohanan Asia dekat Hong Kong pada Oktober ini dan Kejohanan Dunia di Estonia (November),” katanya.

MSN fokus sukan lubuk emas

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PN Terdesak Hingga Jual Nama Keluarga Allahyarhamah Syarifah Azizah Di Mahkota



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button