Polis Gagalkan Usaha 5 Ahli GISBH Lari Ke Thailand

Polis Gagalkan Usaha 5 Ahli GISBH Lari Ke Thailand

Polis Gagalkan Usaha 5 Ahli GISBH Lari Ke Thailand

 

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima lelaki disyaki mempunyai kaitan dengan GISBH yang disyaki cuba lari ke Thailand.

PDRM juga merampas dua kenderaan rekreasi (motorhome) yang mempunyai lambang syarikat itu.



Mereka ditahan di Bukit Kayu Hitam dan sedang menghala ke Thailand, kira-kira enam petang semalam.

Ketua Polis Negara, Razarudin Husain berkata polis merampas dua kenderaan rekreasi.

Kedua-dua kenderaan tersebut mempunyai lambang GISBH dengan nombor pendaftaran X31337 dan X37313

Kejayaan itu adalah hasil siasatan Unit Risikan Sempadan Zon Utara.



“Hasil pemerhatian mendapati kenderaan tersebut telah bergerak ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam menghala ke Thailand.”

“Tindakan pemeriksaan telah dibuat dengan bantuan Jabatan Siasatan Jenayah Kedah.”

“Dan telah berjaya menahan kenderaan itu serta sebuah kereta Myvi bersama lima lelaki berusia 28 hingga 41 tahun terbabit.”

“Soal siasat awal dan proses dokumentasi masih dijalankan.”



“Tangkapan dan rampasan akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu untuk tindakan lanjut,” jelas beliau.

Salah seorang daripada lima individu yang ditahan itu merupakan anak kepada pemimpin utama syarikat terbabit.

Isu penderaan kanak-kanak di GISBH turut mendapat perhatian dari YDP Agong.

Istana Negara telah menitahkan agar siasatan segera dan menyeluruh berkaitan isu jenayah serta penganiayaan kanak-kanak yang dikaitkan dengan rumah amal GISBH.



Dalam isu yang sama ia turut mendapat perhatian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Menterinya, Nancy Shukri dilaporkan berkata, kementeriannya akan berkerjasama dengan pihak berkuasa untuk menyelamatkan kanak-kanak terancam dan perlukan perlindungan.

 

Polis Gagalkan Usaha 5 Ahli GISBH Lari Ke Thailand

 



Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button