Raya wira Arsenal

Raya wira Arsenal

Raya wira Arsenal
RAYA berjaya menyelamatkan sepakan penalti Retegui. -FOTO Reuters

Bergamo: Pengendali Arsenal, Mikel Arteta memuji penjaga golnya, David Raya yang beraksi cemerlang ketika mereka mencatatkan keputusan 0-0 menentang Atalanta dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Jika tidak Raya menyelamatkan penalti Mateo Retegui minit ke-51 dan kemudian menepis percubaan pemain sama, Arsenal mungkin akan memulakan aksi perlawanan kumpulan mereka dengan kekalahan.

“Saya menyaksikan dua penyelamatan terbaik dalam karier saya daripada David ketika itu.



“Jika anda tidak boleh menang, anda perlu mengutip mata. Kami bermula baik, tetapi kemudian hilang kawalan dan tidak konsisten. Pertahanan kami tidak teruk diasak, kecuali penalti itu,” kata Arteta.

Pengendali Atalanta, Gian Piero Gasperini turut kagum dengan persembahan Raya. “Aksi menyelamat pertama sudah cukup baik tetapi yang kedua sukar dipercayai. Penjaga gol itu menjadi penentu,” kata Gasperini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Benarkah Kerajaan Takut Dengan Populariti Hadi




Bagi Raya, persembahan cemerlangnya adalah hasil nasihat jurulatih penjaga gol, Inaki Cana yang ditemuinya ketika pengadil merujuk VAR untuk keputusan penalti berkenaan.

“Masa yang diambil untuk memeriksa penalti terlalu lama jadi saya ke tepi dan bercakap dengan jurulatih penjaga gol untuk mendapatkan nasihatnya. Dia cukup membantu, jadi pujian kepadanya,” kata Raya.

Walaupun bermula baik, Arteta belum berpuas hati dengan bahagian serangannya dalam menembusi benteng juara Liga Europa musim lalu itu.

“Kami ada peluang tetapi tidak cukup penguasaan atau ancaman. 25 minit pertama kami membaca mereka dengan baik, tetapi selepas itu gagal mengawal permainan,” katanya.



Raya wira Arsenal

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PN Terdesak Hingga Jual Nama Keluarga Allahyarhamah Syarifah Azizah Di Mahkota



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button