Tiga Ahli GISBH Di Dakwa Atas Pertuduhan Liwat

Tiga Ahli GISBH Di Dakwa Atas Pertuduhan Liwat

Tiga Ahli GISBH Di Dakwa Atas Pertuduhan Liwat

 

Tiga ahli GISBH yang disyaki terlibat dengan kes liwat yang ditahan dalam Op Global baru-baru ini didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban.

Ketua Polis Negara,Razarudin Husain berkata, tiga individu terbabit akan dituduh di bawah Seksyen 14(a) dan 14 (b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).



“Suspek pertama akan dituduh dengan lima pertuduhan.”

“Masing-masing satu pertuduhan mengikut Seksyen 14(b) dan empat pertuduhan mengikut Seksyen 14(a).”

“Suspek kedua akan dituduh dengan enam pertuduhan.”

“Pertuduhan mengikut Seksyen 14(a).”



“Manakala suspek ketiga dituduh dengan tiga pertuduhan mengikut Seksyen 14(a),” jelas beliau.

Razarudin sebelum ini berkata, dari siasatan awal, 13 kanak-kanak di GISBH yang berumur di bawah 17 tahun dipercayai telah diliwat.

Dalam isu yang sama, Razarudin turut mendedahkan, ada di antara kanak-kanak di GISBH di binkan dengan Abdullah.

“Siasatan juga mendapati, sebahagian kanak-kanak ini di ‘bin’ kan dengan Abdullah.”



“Yang mana mereka tidak mengetahui status kanak-kanak berkenaan sama ada anak mereka atau tidak.”

“Selain itu, ada juga ibu bapa yang tidak mengakui itu anak mereka memandangkan pihak pengurusan GISBH mendakwa mereka adalah anak yatim,” jelas beliau.

Mengulas lanjut, Razarudin berkata daripada keseluruhan 402 kanak-kanak diselamatkan pada 11 September lalu.

Seramai 10 kanak-kanak adalah orang kelainan upaya (OKU) dan pengidap autisme.



Pihak PDRM sudah menyerahkan mereka kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebaik saringan dibuat.

Hanya 392 kanak-kanak ditempatkan di PULAPOL.

Dan daripada jumlah itu, 149 orang mangsa kanak-kanak berumur satu tahun hingga 10 tahun diberikan perintah jagaan sementara.

Perintah jagaan sementara itu diselia oleh JKM di bawah Seksyen 25(2) Akta Kanak-kanak 2001 dan telah dipindahkan ke empat pusat perlindungan.



Baki seramai 243 kanak-kanak lagi masih ditempatkan di PULAPOL KL.

Mereka akan dipindahkan ke pusat jagaan sementara secara berperingkat.

 

Tiga Ahli GISBH Di Dakwa Atas Pertuduhan Liwat

 



Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button