Warga emas jutawan Al-Awfar ke-44

Warga emas jutawan Al-Awfar ke-44

Warga emas jutawan Al-Awfar ke-44
MOHD Yusoff (depan, tiga dari kanan) dinobatkan sebagai Jutawan Al-Awfar ke-44.

Kuala Lumpur: Pesara tentera, Mohd Yusoff Ahmad, 81 dari Pasir Mas, Kelantan, dinobatkan sebagai Jutawan Al-Awfar ke-44, sempena Cabutan Jun 2024 Al-Awfar Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam).

Beliau memenangi Hadiah Cabutan Jutawan Jun 2024 Al-Awfar iaitu wang tunai RM1 juta menerusi pelaburan ke dalam akaun Al-Awfar yang dibukanya sejak 2012.

Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan Perbankan Runcit Bank Islam, Mizan Masram berkata, selepas 15 tahun berada di pasaran, Al-Awfar terus menerima sambutan memberangsangkan daripada pasaran, dengan merekodkan saiz dana berjumlah lebih RM5.1 bilion menerusi 1.3 juta akaun.



“Semua ini tidak mampu dicapai tanpa kepercayaan daripada pelanggan terhadap Bank Islam. Kami amat menghargai sokongan yang diberikan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, Al-Awfar, produk identiti Bank Islam dan akaun pelaburan inovatif berisiko rendah yang berdasarkan konsep Mudarabah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Benarkah Kerajaan Takut Dengan Populariti Hadi




Sejak diperkenalkan pada 2009, Bank Islam sudah melahirkan seramai 44 orang Jutawan Al-Awfar dengan lebih 10,000 pelanggan yang memenangi pelbagai hadiah menarik melalui 15 kategori.

Terbuka kepada segenap individu, entiti perniagaan, persatuan, badan agama, sekolah, universiti, kelab dan pertubuhan, dana Al-Awfar dilaburkan dalam portfolio Pembiayaan Rumah dan Aset Tetap sedia ada Bank Islam bagi memastikan pelaburan yang mampan.

Sementara itu, Mohd Yusoff berkata, dia tidak menyangka berjaya menjadi pemenang Cabutan Jutawan Al-Awfar.

“Apabila saya diumumkan sebagai Jutawan Al-Awfar ke-44, saya berasa sangat bersyukur dan terkejut kerana saya tidak pernah memenangi sebarang cabutan sebelum ini daripada bank.



“Saya amat berterima kasih kepada Bank Islam atas peluang yang diberikan dan saya menggalakkan semua, khasnya yang beragama Islam, untuk membuka akaun Al-Awfar kerana terdapat pelbagai ganjaran menarik ditawarkan,” katanya.

Selain Mohd Yusof, kakitangan swasta, Ariffin Mahaiyuddin, 54, turut bergelar Jutawan Al-Awfar ke-43.

Pemenang lain membawa pulang hadiah lumayan berupa kereta BMW 320i M Sport, Honda HR-V, Honda City Hatchback, Perodua Myvi 1.5 dan wang tunai bernilai RM100,000.

Warga emas jutawan Al-Awfar ke-44

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PN Terdesak Hingga Jual Nama Keluarga Allahyarhamah Syarifah Azizah Di Mahkota

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button