Femke calon pilihan atlet terbaik Eropah

Femke calon pilihan atlet terbaik Eropah

Femke calon pilihan atlet terbaik Eropah
PENCAPAIAN luar biasa Femke cetus fenomena. -FOTO AFP

London: Bintang lari halangan Belanda, Femke Bol antara 10 atlet yang dicalonkan untuk anugerah berprestij Atlet Wanita Terbaik Eropah tahun ini ketika pengiraan detik menuju malam gala Golden Tracks pada 26 Oktober di Skopje, Macedonia Utara.

Acara itu akan meraikan bintang olahraga terkemuka Eropah dengan peminat memainkan peranan penting menentukan pemenang kerana 25 peratus undian mereka akan menyumbang keputusan akhir.

Di samping maklumat daripada media, persekutuan dan pakar, persaingan untuk menobatkan atlet wanita terbaik Eropah adalah lebih sengit berbanding sebelum ini.



Sepanjang tahun ini menyaksikan rekod dunia, kemunculan semula yang menakjubkan dan persembahan yang dominan daripada calon pelbagai disiplin, menjadikannya ia satu persaingan paling sengit.

Femke Bol, dengan persembahannya yang cemerlang dalam acara 400m lari berpagar dan 400m, dia menunjukkan prestasi yang luar biasa.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Benarkah Kerajaan Takut Dengan Populariti Hadi




Konsistensi dan ketabahannya sepanjang musim 2024, ditambah pula dengan rentetan kemenangannya di pentas global, menjadikannya salah seorang bintang paling cemerlang dalam olahraga Eropah.

Turut tersenarai sebagai calon adalah rakan senegaranya dari Belanda, Sifan Hassan yang mencetus fenomena dalam acara lari jarak sederhana dan jauh.

Keunggulan Sifan tiada tandingan dengan persembahan yang menakjubkan dalam pelbagai jarak dari 1500m di trek hingga maraton di jalan raya turut menjadi perhatian.

Femke calon pilihan atlet terbaik Eropah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



SPRM mampu “wiretapp” bualan Najib, tapi gagal “tapping” bualan keluarga Muhyiddin?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button