Soon Huat-Shevon lakar sejarah, mara ke final Terbuka China

Soon Huat-Shevon lakar sejarah, mara ke final Terbuka China

Soon Huat-Shevon lakar sejarah, mara ke final Terbuka China
SOON HUAT-SHEVON muncul beregu campuran negara pertama mara ke final Terbuka China. -FOTO Arkib

Kuala Lumpur: Beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai meneruskan mimpi indah apabila berjaya mara final selepas mengecewakan satu lagi wakil tuan rumah, Cheng Xing-Zhang Chi pada Terbuka China, sebentar tadi.

Dalam aksi separuh akhir yang berlangsung di Pusat Sukan Olimpik Changzhou hari ini, beregu negara itu ternyata berada di momentum terbaik dan menampilkan permainan yang sangat konsisten untuk menang straight set 21-18, 21-18 dalam masa 51 minit.

Meskipun lawan mereka dapat sokongan penuh peminat sendiri tetapi ia belum cukup untuk menghalang kemaraan Soon Huat-Shevon bagi memberi kejutan demi kejutan biarpun ada kalanya tertinggal beberapa mata namun bangkit di penghujung set dengan penuh bergaya untuk menang dalam dua set sahaja.



Kemenangan itu juga membolehkan pasangan suami isteri itu membalas dendam selepas tewas pada Terbuka Jepun di pusingan pertama sebelum ini.

Sebelum ini, Soon Huat-Shevon mengejutkan pasangan nombor dua dunia dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin juga dengan kemenangan straight set 23-21, 21-16 dalam masa 34 minit di suku akhir semalam.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Benarkah Kerajaan Takut Dengan Populariti Hadi




Kemaraan ke final itu adalah yang pertama buat mereka tahun ini bagi kejohanan Super 1000 dan beregu ke-12 dunia itu berpeluang untuk mencipta kejuaraan hatrik apabila sebelum ini muncul juara pada Terbuka Switzerland (Super 300) dan Master Malaysia (Super 500).

Antara kejuaraan yang pernah diraih gandingan profesional itu sejak digabungkan pada 2016 ialah Cabaran Antarabangsa Malaysia (2016), Terbuka Scotland (2016), Terbuka Jerman dan Tebrbuka Singapura (2018).

Soon Huat-Shevon akan bertemu pemenang perlawanan antara gandingan Indonesia, Dejan Ferdinansyah-Gloria Emanuelle Widjaja dengan pilihan kedua dari China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping pada aksi final, esok.

Juara bagi acara beregu akan membawa pulang hadiah wang tunai lumayan AS$148,000 (kira-kira RM622,000) manakala naib juara AS$70,000 (RM294,000).



Soon Huat-Shevon lakar sejarah, mara ke final Terbuka China

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

SPRM mampu “wiretapp” bualan Najib, tapi gagal “tapping” bualan keluarga Muhyiddin?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button