Jadual padat akan bunuh pemain – Alcaraz

Jadual padat akan bunuh pemain – Alcaraz

Jadual padat akan bunuh pemain - Alcaraz
ALCARAZ lakar kemenangan atasi Shelton di Piala Laver. -FOTO AFP

Berlin: Carlos Alcaraz mengkritik kalendar tenis dengan mendakwa jadual yang ada “akan membunuh kami.”

Juara Terbuka Perancis dan Wimbledon berusia 21 tahun itu kini sedang menyertai Piala Laver iaitu kejohanan ke-14nya tahun ini.

Sebelum tiba di Berlin, bintang Sepanyol sudahpun bermain 50 perlawanan perseorangan pada 2024, memenangi tiga gelaran dan juga meraih pingat perak di Olimpik Paris 2024.



“Mungkin mereka akan membunuh kami dalam beberapa cara,” kata Alcaraz selepas menewaskan Ben Shelton dalam straight set di Piala Laver.

Alcaraz menyatakan bahawa pemain mempunyai pendapat berbeza mengenai topik itu tetapi menurut pandangannya, “kalendar sangat ketat,” sambil menambah, “sekarang ini terdapat banyak kecederaan.”


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Benarkah Kerajaan Takut Dengan Populariti Hadi




“Buat masa ini ramai pemain yang bagus akan terlepas banyak kejohanan kerana itu.”

Dia menambah bahawa jadual yang padat menyebabkan dia kadang-kadang bergelut untuk memotivasikan dirinya.

“Kadang-kadang, anda tidak mahu pergi ke kejohanan. Saya tidak berbohong – saya pernah merasakan perkara ini beberapa kali.

Jadual padat akan bunuh pemain – Alcaraz

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

SPRM mampu “wiretapp” bualan Najib, tapi gagal “tapping” bualan keluarga Muhyiddin?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button