PIB Shah Alam semakin hampir kelompok tiga terbaik

PIB Shah Alam semakin hampir kelompok tiga terbaik

PIB Shah Alam semakin hampir kelompok tiga terbaik
SKUAD PIB Shah Alam. -FOTO FB

Kuala Lumpur: Pasukan PIB Shah Alam semakin hampir untuk berada dalam kelompok tiga terbaik Liga A1 Semi-Pro MBSB Bank selepas membawa pulang tiga mata dengan menundukkan Malaysian University 4-2, semalam.

Ketua Jurulatih PIB Shah Alam Muhamad Azrin Mohamed berkata, barisan pemainnya mempamerkan aksi terbaik dengan menterjemah setiap peluang kepada gol.

Beliau berkata, walaupun diasak dengan serangan kilat oleh ‘budak universiti’ namun tidak menjadi masalah untuk mengekalkan rentak sehingga minit akhir perlawanan.



“kita berjaya mencipta gol pada babak pertama perlawanan dengan setiap serangan diterjemahkan dengan gol.

“Cuma pada babak kedua, pertahanan ada sedikit leka hingga memberi ruang kepada lawan untuk menjaringkan dua gol.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Benarkah Kerajaan Takut Dengan Populariti Hadi




“Walaupun mencipta kemenangan, namun kita tdaik mahu terlalu bergembira kerana banyak lagi kelemahan perlu diperbaiki,”katanya.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium UKM itu menyaksikan PIB Shah Alam mencatatkan kemenangan keenam mengatasi Malaysian University.

Gol PIB Shah Alam disumbangkan Nik Azli Nik Alias, Idris Ahmad, Asyra3f Aqmar dan Ridhwan Nazri.

Skuad Malaysian University pula menjaringkan dua gol masing-masing menerusi Zulkarnain Nasir.



Kemenangan itu menyaksikan PIB Shah Alam berada dikedudukan keenam Liga A1 dengan mengutip 22 mata manakala Malaysian University pula ditempat ketujuh menerusi 17 mata.

PIB Shah Alam semakin hampir kelompok tiga terbaik

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

SPRM mampu “wiretapp” bualan Najib, tapi gagal “tapping” bualan keluarga Muhyiddin?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button