Pahang Gold strategi pacu ekonomi negeri melalui emas

Pahang Gold strategi pacu ekonomi negeri melalui emas

Pahang Gold strategi pacu ekonomi negeri melalui emas
EMAS jenama Pahang Gold.

Kuala Lumpur: Kerajaan Pahang, melalui Pahang Gold Sdn Bhd (Pahang Gold), semalam, melancarkan jenama Pahang Gold dalam usaha meneroka pembuatan produk hiliran emas serta merancakkan ekonomi negeri.

Pelancaran jenama Pahang Gold berlangsung di Hotel Everly, Putrajaya, sempena Persidangan S-GLC Pahang 2024.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail selaku Pengerusi Pahang Gold berkata, pelancaran itu langkah permulaan Pahang Gold untuk menceburi pasaran emas di Malaysia.



“Visi dan misi syarikat adalah mengangkat industri emas Pahang. Sebagai pemain baharu, Pahang Gold komited memperkenalkan produk emas berkualiti tinggi serta mengukuhkan nama Pahang sebagai pengeluar emas terkemuka.

“Kerajaan Pahang mengambil inisiatif untuk ”Merakyatkan Industri Emas” melalui penubuhan Pahang Gold bagi tujuan penerokaan baharu dalam industri hiliran emas, sekali gus membuka peluang dalam sektor pembuatan dan pelaburan berasaskan sumber mineral emas,” katanya dalam ucapan menerusi kenyataan dikeluarkan Pahang Gold, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PN Terdesak Hingga Jual Nama Keluarga Allahyarhamah Syarifah Azizah Di Mahkota




Wan Rosdy turut menyatakan bahawa industri emas sudah lama menjadi sebahagian daripada identiti dan kekayaan negeri Pahang.

Menurutnya, pelancaran jenama Pahang Gold adalah langkah ke arah era baharu yang menjanjikan potensi besar.

“Syarikat ini bukan sahaja akan memacu ekonomi negeri tetapi juga membuka peluang pekerjaan serta menambah nilai kepada produk emas tempatan.

“Saya berharap Pahang Gold akan menjadi simbol kebanggaan negeri dan peneraju dalam industri emas negara,” katanya.



Pada majlis itu turut diperkenalkan laman web e-dagang rasmi Pahang Gold, www.pahanggold.com sebagai platform utama pembelian dan pelaburan produk emas secara dalam talian.

Buat permulaan, tiga jenis koleksi emas ditawarkan iaitu Initial Edition, Core Collection dan Pahang Series seberat 0.25 gram (g) hingga 100 g dalam bentuk jongkong, syiling, wafer dan Dinar Pahang Gold.

Pahang Gold strategi pacu ekonomi negeri melalui emas


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Surat Boikot PRK PN Mula Beri Kesan Di Mahkota



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button