Sarawak umum pengambilalihan Affin Bank minggu depan
Sarawak umum pengambilalihan Affin Bank minggu depan
Kuching: Affin Bank Berhad menjadi milik Sarawak selepas Bank Negara Malaysia (BNM) meluluskan pegangan majoriti kerajaan Sarawak dalam institusi perbankan berkenaan.
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg berkata, kelulusan diberi bank pusat itu selepas beberapa siri rundingan dijalankan.
Beliau berkata, pengumuman rasmi berhubung pengambilalihan Affin Bank akan dibuat minggu depan.
“Semua urusan sudah selesai dan Bank Negara memberi kebenaran kerajaan Sarawak mengambil alih bank itu.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan ulang tahun ke-100 Rumah Panjang Entrie Lengkoi, Ulu Paku di Betong, semalam.
Abang Johari berkata, Sarawak pernah memiliki beberapa bank komersial, namun hilang pegangan apabila diambil alih oleh bank dari Semenanjung.
“Kini tiba masanya untuk Sarawak memiliki semula bank komersial sendiri, sekali gus menepati sasaran untuk menjadi pemain dominan dalam sektor perbankan Malaysia,” katanya.
Julai lalu, Abang Johari berkata, Sarawak akan meningkatkan pegangan blok saham dalam Affin Bank kepada kira-kira 30 peratus daripada 4.8 peratus.
Ketika ini, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) adalah pemegang saham terbesar Affin Bank dengan 28 peratus kepentingan, diikuti oleh Bank of East Asia Ltd, dengan lebih 23 peratus dan Boustead Holdings Bhd milik penuh LTAT dengan kira-kira 20 peratus.
Sarawak umum pengambilalihan Affin Bank minggu depan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Berhati Hati Dengan Ulamak Jahat
- Serangan Terancang Ke Atas JAKIM?
- SPRM mampu “wiretapp” bualan Najib, tapi gagal “tapping” bualan keluarga Muhyiddin?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :