Serangan Terancang Ke Atas JAKIM?
Serangan Terancang Ke Atas JAKIM?
Sejak isu Sijil Halal yang dicadangkan JAKIM ke atas semua restoran yang tidak menjual arak dan babi, badan itu diserang secara berterusan.
Sama ada secara kebetulan atau dirancang, ahli politik diperalatkan untuk membawa isu tersebut kepada umum.
Sebenarnya, isu tersebut tidak sepatutnya dijadikan sebagai isu kerana ianya baru di peringkat cadangan.
Tetapi sikap ahli politik yang menggunakan terjemahan Chat GPT telah memberikan imej yang negatif terhadap JAKIM.
Secara jujur, admin tidak nampak ada masalah mengenai cadangan JAKIM itu.
Sebaliknya ia boleh memberikan nilai tambah dari sudut perniagaan kepada pemilik restoran.
Dengan Sijil Halal, masyarakat Islam sudah tentu tidak akan teragak-agak untuk mengunjungi restoran yang selama ini hanya dikunjungi oleh masyarakat bukan Islam.
Selepas itu tidak semena-mena timbul pula isu Majlis Perundingan Malaysia bagi Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme (MCCBCHST).
MCCBCHST membantah laporan bahawa pegawai JAKIM akan ditempatkan di semua jabatan kerajaan.
Alasan mereka adalah tindakan itu berpotensi menjejaskan jaminan perlembagaan termasuk hak asasi yang dilindungi oleh Perkara 5 hingga 13 Perlembagaan Persekutuan.
Lebih memelikkan lagi, bantahan mereka itu adalah berdasarkan laporan yang dibuat oleh sebuah akhbar dari Sabah, Daily Express.
Malah MCCBCHST mempersoalkan kenyataan Anwar Ibrahim untuk memperkasakan lagi fungsi JAKIM.
Sebenarnya penempatan pegawai JAKIM di jabatan kerajaan sudah lama berlaku.
Ia adalah dasar yang telah dibuat sejak tahun 2006.
Dan tujuannya adalah untuk membantu dari segi integriti dan pengisian kerohanian.
Bukan untuk penggubalan dasar jabatan atau kementerian sebagaimana yang MCCBCHST dakwa.
Bila Agamawan Sendiri Menyerang JAKIM
Kemudian timbul pula isu penderaan kanak-kanak di GISBH.
Sekali lagi pihak JAKIM menjadi sasaran serangan.
Seorang agamawan mendedahkan kononnya kajian mengenai GISBH sudah lama dibentangkan kepada JAKIM, tetapi tiada tindakan.
Persoalannya, bukankah beliau sendiri adalah ketua jabatan agama Islam di negeri tersebut dan beliau mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan.
Apakah tidak ada GISBH tidak ada di negeri tersebut.
Apakah tindakan yang telah beliau ambil untuk membenteras perkara tersebut.
Kita tidak kata JAKIM tidak boleh dikritik, tetapi biarlah jujur dalam membuat kritikan tanpa ada agenda peribadi.
Mengapa beliau tidak bersuara dalam isu SIJIL HALAL dan isu MCCBCHST?
Sebagai sebahagian dari masyarakat Islam di negara ini, kita sepatutnya mempertahankan JAKIM apabila diserang.
Walau selemah mana pun JAKIM, badan tersebut masih mempertahankan hak masyarakat Islam di negara kita.
Bayangkan sekiranya JAKIM tidak wujud di negara kita!!!
Serangan Terancang Ke Atas JAKIM?
Di Syorkan Untuk Anda:
- PN Terdesak Hingga Jual Nama Keluarga Allahyarhamah Syarifah Azizah Di Mahkota
- Tiga Ahli GISBH Di Dakwa Atas Pertuduhan Liwat
- Polis Gagalkan Usaha 5 Ahli GISBH Lari Ke Thailand