Guru ditembak murid 6 tahun, saman sekolah AS$40 juta

Guru ditembak murid 6 tahun, saman sekolah AS$40 juta

Guru ditembak murid 6 tahun, saman sekolah AS$40 juta
ABIGAIL ZWERNER

RICHMOND: Seorang guru di Virginia yang ditembak oleh pelajar berusia enam tahun, memfailkan saman berjumlah AS$40 juta (RM176.3 juta) terhadap pihak pengurusan sekolah itu atas dakwaan kecuaian kerana mengabaikan amaran berhubung ancaman itu.

Sebelum ini, pentadbir di Sekolah Rendah Richneck di Newport News, Virginia diberi amaran tiga kali oleh Abigail Zwerner dan guru-guru lain bahawa budak lelaki itu memegang pistol dan mengancam orang lain.

Lapor BBC, tuntutan saman difailkan itu mendakwa bahawa defenden mengetahui kanak-kanak berkenaan mempunyai `sejarah keganasan’.



Dalam kejadian berlaku pada 6 Januari lalu, Zwerner, 25, ditembak di bahagian tangan dan dada serta menjalani rawatan di hospital selama dua minggu.

Malah, guru sekolah rendah itu juga sudah menjalani pembedahan sebanyak empat kali.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

Adakah Nazlan dipilih secara manual dan khusus untuk menghakimi kes SRC ?



Pernyataan tuntutan itu mendakwa kanak-kanak tersebut pernah `mencekik’ guru tadikanya pada tahun lalu.

Tuntutan itu turut mendakwa budak lelaki itu pernah mengejar pelajar lain untuk menyebat mereka dengan menggunakan tali pinggang serta memaki hamun kakitangan sekolah.

“Defenden tahu kanak-kanak itu pernah menyerang pelajar dan guru. Malah, niat budak itu hanya mahu mencederakan sesiapa sahaja berada di laluannya baik di dalam dan luar sekolah.



“Perbuatan budak itu tidak hanya terhad terhadap guru semasa berada di sekolah,” jelas pernyataan tuntutan itu.

Tambah pernyataan itu, Zwerner kini menuntut ganti rugi bagi kecederaan fizikal kekal dialaminya, tekanan emosi, kehilangan pendapatan dan kerosakan lain.



DISYORKAN UNTUK ANDA :

Surat SPRM sahkan Nazlan ada kesalahan salah laku



 

Sebelum ini, ketua polis Newport News, Steve Drew memaklumkan tiada pergaduhan atau pergelutan fizikal mahupun amaran sebelum berlakunya insiden tembakan itu.

Drew berkata, pistol yang digunakan oleh kanak-kanak lelaki itu dibeli secara sah oleh ibunya.

Katanya, kanak-kanak itu membawa pistol itu di dalam beg galas sebelum ke sekolah pada hari kejadian.



Ketika kejadian, Zwerner dilaporkan meletakkan tangannya pada posisi bertahan apabila pistol itu dilepaskan dan peluru menembusi tangannya seterusnya bahagian atas dada mangsa.

Australia mahu beli lima kapal selam kuasa nuklear dari AS

Guru ditembak murid 6 tahun, saman sekolah AS$40 juta


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Anak Hamzah Zainuddin Di Dakwa Di Mahkamah

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button