20 mangsa cedera ditembak pada majlis hari jadi di Alabama

WASHINGTON: Sekurang-kurangnya 20 orang ditembak dan cedera pada majlis ulang tahun ke-16 lewat semalam di Alabama, Amerika Syarikat (AS).

Stesen televisyen WRBL, hari ini melaporkan sekitar bangunan di Dadeville, Alabama ditutup dengan riben lokasi jenayah polis selain kawasan lantai tertentu ditutup dengan kain putih.

Agensi penguatkuasaan undang-undang bagaimanapun tidak membuat sebarang makluman mengesahkan sebarang kecederaan atau kematian, namun media tempatan dan saksi berkata, beberapa orang yang cedera, kebanyakannya remaja, sudah dibawa ke hospital tempatan untuk rawatan.



WRBL melaporkan, dalam siasatan awal, polis dan penyiasat pejabat sherif mengesyaki wujud pertengkaran yang membawa kepada tragedi tembakan pada majlis hari jadi seorang remaja, kira-kira jam 10.30 malam Sabtu (waktu tempatan).

AS, sebuah negara dengan kira-kira 330 juta orang, kini dibanjiri dengan kira-kira 400 juta senjata api dan kes tembakan besar-besaran atau menyebabkan kematian menjadi perkara biasa.

Polis lewat semalam, mengesahkan dua orang terbunuh dan empat lagi cedera dalam satu tembakan di Louisville, Kentucky, bandar sama berlakunya tragedi seorang lelaki bersenjata membunuh lima orang di sebuah bank, Isnin lalu.

AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button