Wanita maut, 2 anak parah kereta tembung lori

IPOH: Seorang wanita maut, manakala dua anaknya parah apabila kereta dinaiki mereka bertembung sebuah lori membawa muatan sayur, di Jalan Simpang Pulai – Cameron Highlands, dekat Kampung Kepayang, di sini, semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Terdahulu, beliau berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai digerakkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 3.29 petang berhubung kemalangan itu.



“Setiba di lokasi, pasukan mengeluarkan mangsa yang terperangkap di dalam kereta jenis Honda City itu dan memberikan rawatan awal.

“Mangsa yang parah kemudian dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut, manakala mayat mangsa yang terkorban pula diserahkan kepada polis,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, lelaki yang memandu lori terbabit bagaimanapun dilaporkan selamat.



BHOnline


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading