Proklamasi umpan Mahathir, PPBM, PAS
Oleh – Bakhtiar Omar
Menggunakan taktik berunsur kaum adalah ‘forte’ Tun Mahathir sejak berkecimpung dalam dunia politik. Ternyata strategi menggunakan perkataan ‘Melayu’ adalah senjata paling ampuh bagi menarik perhatian pengundi Melayu itu sendiri.
Kini, PPBM dan PAS bersama Mahathir kembali menggunakan taktik tersebut bagi menghadapi Pilihanraya Negeri yang dijangkakan berlangsung pada Jun 2023.
Namun, ramai semakin sedar, apa sahaja yang digunakan Mahathir, PPBM dan PAS hanyalah umpan bagi meraih sokongan yang semakin pudar.
GUNA GTA HANYA UNTUK UNDI, SIAPA SANGKA KALAH TERUK
Mahathir, meninggalkan parti yang ditubuhkan beliau – PEJUANG, selepas GAGAL menggunakan GTA – Gabungan Tanah Air, yang mengumpulkan NGO berteraskan Melayu bagi meriah sokongan.
Jelas terbukti cubaan Mahathir hanyalah untuk mencari sokongan buat dirinya sahaja dan bukan untuk kepentingan Melayu.
Jika masih ingat, satu ketika dahulu, Mahathir antara yang terlibat dalam mengumpulkan sejuta tandatangan menggunakan Deklarasi Rakyat untuk disembahkan kepada YDP Agong kononnya untuk menyelamatkan Malaysia.
Namun akhirnya terbongkar sebalik tandatangan tersebut, terdapat penipuan melibatkan nama serta tandatangan yang tidak wujud.
Akhirnya beliau memilih PPBM sebagai platform bagi meraih sokongan kaum Melayu dan menjalinkan kerjasama dengan DAP, PKR dan AMANAH hanya bagi mencapai maksud politiknya.
Berjaya ‘membodohkan’ pengundi dan para penyokong, Mahathir melepaskan jawatan selaku Perdana Menteri selepas enggan memenuhi ‘perjanjian’ dalam Pakatan Harapan pada ketika itu.
Sebenarnya apa tujuan Mahathir bersama dalam Proklamasi Melayu? Sesuatu yang perlu disedari pengundi, Mahathir sebenarnya adalah ‘Bapa Pemecahan Politik Melayu’.
Rekod Mahathir bergaduh dengan semua pimpinan utama politik tanahair sejak era Tunku Abdul Rahman sehingga era Najib Razak.
PAS pula seperti biasa, menjadi ‘pelacur politik’ demi kuasa sepertimana ketika mereka pernah menerima DAP dan PKR satu ketika dahulu.
Segalanya demi kuasa dan tidak kurang juga PPBM yang telah tersingkir dari gelung kuasa bila kononnya berjuang demi Melayu.
Jika dahulu PAS dan Mahathir adalah musuh, jangan terkejut selepas Proklamasi Melayu, Mahathir akan diberikan gelaran setaraf ‘Khalifah’ oleh PAS sepertimana mereka pernah gambarkan kebaikan Lim Guan Eng.