Noh dah bertunang

Subang Jaya : Penyanyi, Noh Salleh didakwa sudah bertunang dengan wanita pilihannya dikenali sebagai Fatin Athirah Mustapa di Putra Heights, di sini, hari ini.

Sumber Harian Metro berkata, majlis diadakan secara tertutup membabitkan keluarga dan rakan terdekat.

Difahamkan, wanita itu adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.



Sebelum ini, Noh yang juga penyanyi kumpulan Hujan berkahwin dengan penyanyi, Mizz Nina pada 2 Julai 2011. Namun, mereka bercerai awal Ogos tahun lalu.

Mereka tidak dikurniakan cahaya mata tetapi memiliki seorang anak angkat, Musa yang diperkenalkan pada April tahun lalu.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button