Big Tree lancar skrin digital gergasi berdentum

APABILA di luar rumah dalam perjalananan ke tempat kerja atau memandu jauh di lebuh raya, papan iklan adalah antara objek yang sering menjadi santapan mata.

Namun, papan iklan kali ini adalah luar biasa apabila peneraju pasaran industri pengiklanan luaran di Malaysia yang juga anak syarikat milik Media Prima Berhad, Big Tree melancarkan “A Cinematic Feat: Launch of CuBig @ KLCC Junction Premium Audio Timebelt”.

Papan iklan ini tampil dengan kehadiran seekor naga 3D yang besar menghancurkan menara jam dan menghembuskan api ke arah bandar raya Kuala Lumpur.

Ketua Pegawai Operasi Big Tree, Stephanie Wong berkata iklan tersebut dipaparkan pada waktu kemuncak bertujuan meningkatkan lagi permintaan pengiklanan luar rumah (OOH).

“Penguasaan waktu puncak di persimpangan yang sibuk ini merupakan jawapan kepada permintaan yang tinggi untuk pertingkatkan lagi kreativiti di pengiklanan luar rumah (OOH),” katanya.

Pelancaran ini membuka peluang yang besar kepada pengiklan untuk menyerlahkan kreativiti tersendiri menggunakan fungsi 3D anamorfik dan audio.

Skrin gergasi ini menerima permintaan yang luar biasa daripada para pengiklan pelbagai industri kerana fungsi anamorfiknya yang memukau dan menarik perhatian khalayak ramai sejak pelancarannya pada tahun 2021 lalu.

Ia turut menarik minat pejalan kaki, pemandu dan penunggang motor di persimpangan Jalan Ampang, Jalan Yap Kwan Seng dan Jalan P Ramlee yang berhadapan dengan Menara Berkembar Petronas.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button