ADUN DAP SENDIRI KELUAR PARTI KERANA DISKRIMINASI, KENAPA ANTHONY LOKE TUDING BN?

ADUN DAP NS BIKIN ‘WAYANG’, AKHIRNYA KEMBALI KE DAP

Adun Rahang Mary Josephine Prittam Singh kembali ke DAP selepas keluar parti pada 10 hari lepas. Perkara tersebut diumumkan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke di Negeri Sembilan.

Baca – KRISIS PH NEGERI SEMBILAN



Perletakan jawatan serta pengumuman keluar parti yang dibuat Mary pada 10 Julai 2020 dipercayai kerana ‘merajuk’ dengan DAP kerana tidak memberi beliau ruang mahupun peluang dalam membuat keputusan parti. DAP seperti diketahui dahulu hanya membuat keputusan menerusi CEC DAP dan tiada ahli yang boleh menyanggah keputusan yang ditetapkan Setiausaha Agung DAP.

Baca – PERANG PKR – DAP

Dalam pada itu ANTHONY LOKE membayangkan ada ura-ura dari pihak tertentu mahu menarik Mary menyertai BN. Bagaimanapun Anthony yakin Mary tidak menerima pelawaan tersebut.



Baca – KRISIS DAP VS PKR

Agak menarik sekali apabila ahli DAP membuat keputusan untuk keluar parti tetapi BN yang disalahkan. Bagaimana Anthony boleh membuat andaian demikian sedangkan Mary langsung tidak berwibawa dan tidak bernilai untuk dipelawa masuk ke BN apatah lagi Pakatan Harapan sudah tumbang di peringkat pusat. Malah desas desus berlegar keadaan politik Negeri Sembilan yang masih dikuasai PH mengalami krisis dan hanya ‘menanti masa’.

Menarik sekali ‘Wayang’ yang cuba dimainkan Anthony Loke dan DAP bagi mencari populariti ketika mengetahui DAP kini semakin tidak diterima rakyat. Bagaimanapun segala ‘wayang’ yang cuba dinaratifkan DAP kini tidak akan berjaya mempengaruhi rakyat lagi kerana pengalaman 22 bulan berada di bawah pemerintahan Pakatan Harapan telah mengajar rakyat apa itu ‘penipuan dalam manifesto PRU14’.




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading