Makci ‘Kantoi’ Curi Beg, Mengamuk Tengking Staf

Tular di media sosial baru-baru ini, seorang wanita dalam lingkungan 40-an yang didakwa mencuri beg tangan di sebuah butik jenama terkenal.

Menerusi perkongsian seorang individu di Twitter yang dipercayai adalah pekerja di butik beg berkenaan, mendedahkan bahawa seorang wanita bertudung labuh telah datang ke butik itu dalam keadaan yang mencurigakan.

Ciapannya itu meraih perhatian warganet apabila dia menasihati butik-butik berjenama yang lain agar lebih berhati-hati jika terserempak kerana wanita itu disyaki mencuri.



Untuk semua kedai dan butik-butik diluar sana, berhati-hati dengan wanita ini kalau nampak dia lalu depan kedai anda. Pakaian dia memang macam ini, bawa beg merah.

Semalam dia mencuri beg dan di butik lain juga. Tua tak tua, kau kurang ajar dengan aku, aku kurang ajar dengan kau.

Berdasarkan rakaman yang dimuat naik, wanita berbaju putih dan bertudung biru itu kelihatan mengamuk dan menengking dua orang staf di butik tersebut selepas perbuatannya itu diketahui mereka.

Awak ada ‘attitude’ (sikap). Awak siapa di kedai ini?



Difahamkan wanita yang membawa troli itu telah membayar bagi barang yang telah dicurinya, namun beg tangan tersebut tidak diberikan kepadanya kerana telah menjadi kes curi.

Dia bayar untuk barang tapi untuk beg tangan itu kami tidak boleh bagi sebab ini adalah kes mencuri.

Dalam pada itu, dia turut mendakwa bahawa kedai yang lain juga mempunyai bukti rakaman yang menunjukkan wanita tersebut mencuri.

Kedai lain pun hantar rakaman yang sama dia mencuri. Pada akhirnya dia tetap bayar balik barang yang hilang itu tapi tetap bersikap ‘defensive’.



Bagaimanapun, tinjauan OhBulan! mendapati ciapan tersebut telah dipadam oleh individu tersebut.

Sumber: Twitter

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button