Ayam Tambatan Hamzah Zainuddin Di Heret Ke Mahkamah
Ayam Tambatan Hamzah Zainuddin Di Heret Ke Mahkamah
Ayam Tambatan Hamzah Zainuddin Di Heret Ke Mahkamah
Ahli perniagaan, Sim Choo Tiam atau lebih dikenali sebagai Stephen Sim didakwa di mahkamah atas 4 pertuduhan rasuah.
Beliau didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana 1 pertuduhan meminta dan 3 pertuduhan menerima rasuah yang bernilai RM15 juta.
Stephen Sim dituduh melakukan kesalahan tersebut di antara Jun hingga 30 Julai 2021, di era pemerintahan Perikatan Nasional.
Dalam pertuduhan tersebut, Stephen Sim di dakwa meminta dan menerima rasuah dari pengarah urusan Asia Coding Centre, Hep Kim Hong.
Wang rasuah didakwa telah diterima melalui Syed Abu Zhafran Syed Ahmad, orang kanan Muhamad Ikmal Opat ( Widad Group) yang merupakan pemilik Syarikat Data Prep Holdings Berhad.
Sebagai balasan Asia Coding akan diberikan projek di bawah agensi yang berada di bawah Kementerian Dalam Negeri, di mana Hamzah adalah menterinya ketika itu.
Pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009, dengan Seksyen 24(1) di bawah akta yang sama.
Sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tidak melebihi 20 tahun, serta denda tidak kurang lima kali ganda jumlah rasuah.
Siapa Stephen Sim?
Sabahkini ada melaporkan ‘hubungan intim’ antara Stephen Sim dengan Hamzah Zainuddin.
Baca di sini:
Apakah pendakwaan ke atas Stephen Sim mempunyai kaitan dengan Hamzah Zainuddin?
Segala-galanya akan didedahkan di mahkamah, sama-sama kita tunggu episod seterusnya.
Ayam Tambatan Hamzah Zainuddin Di Heret Ke Mahkamah
Di Syorkan Untuk Anda:
- Anwar Dan Mahathir Saling Berbalas Pantun
- Kerana Proklamasi Melayu Mahathir, PAS Berantakan
- Siti Zailah Robin Hood PAS Dari Kelantan