Siti Zailah Robin Hood PAS Dari Kelantan

Siti Zailah Robin Hood PAS Dari Kelantan

Siti Zailah Robin Hood PAS Dari Kelantan

Kerana mahu mendapatkan ‘political mileage’ untuk membantu PAS di dalam PRN Kelantan, ahli parlimen Rantau Panjang (PAS) sanggup menipu.

Beliau bukan sahaja menipu, malah menjual nama Jabatan Bomba Kelantan dan syrikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) untuk menutup penipuan beliau.

Dalam hantaran Siti Zailah di dalam akaun Facebook, beliau memuatnaik gambar 3 orang anggota Bomba yang sedang mengepam air ke lori tangki AKSB.



Antara ciapan beliau adalah:

“Terima kasih Bomba Rantau Panjang bantu rakyat yang memerlukan air”.

“Bukan saja membantu kami untuk mendapatkan sumber air AKSB”.

“Malah turut memberi kebenaran untuk menggunakan pili bomba berdekatan bagi proses yang cepat dan mudah”.



Baca di sini:

https://www.facebook.com/SitiZailahYusoff/posts/pfbid0Fyoe4S5XGiJXq88GuqZLVaBJ6KjskxeyRjqEWjWeH9Rn2gZHLyeWdBJrJfRrDFEFl

Hantaran di akaun Facebook beliau menjadi isu apabila Menteri Pembangunan & Kerajaan Tempatan, Nga Kor Meng, membidas tindakan Siti Zailah.



Menurut Nga Kor Meng, air dari pili Bomba adalah untuk tujuan kecemasan dan bukannya untuk kegunaan harian.

Beliau juga mendakwa tindakan Siti Zailah itu telah melanggar undang-undang dan satu siasatan terperinci akan dilakukan.

Ekoran dari itu, Siti Zailah mendakwa, tidak timbul isu kecurian air kerana beliau sudah mendapat kebenaran dari pihak Bomba.

Dakwa Siti Zailah, air tersebut adalah kepunyaan AKSB dan kebenaran dari pihak AKSB sudah pun diperolehi.



Baca di sini:

http://origin.bharian.com.my/berita/nasional/2023/05/1098262/siti-zailah-dakwa-dapat-kebenaran-jbpm-aksb-guna-air-dari-pili-bomba

Siti Zailah Menipu

Namun begitu, Pengarah Bomba Kelantan, Zainal Madasin, menafikan bahawa pihak Bomba telah memberi kebenaran.

Malah menurut Zainal, tidak ada sebarang permohonan yang dibuat oleh mana-mana pihak dalam isu berkenaan.



Zainal turut menambah, pihak AKSB juga menafikan ada meluluskan permohonan untuk menggunakan pili bomba tersebut.

Baca di sini:

1) https://negaramerdeka.com/pengarah-jabatan-bomba-kelantan-nafi-beri-kebenaran-siti-zailah-curi-air/

2) https://www.thestar.com.my/news/nation/2023/05/07/mp-did-not-ask-for-permission-to-take-water-from-fire-hydrant-says-kelantan-fire-and-rescue-dept-director



Kesimpulannya:

  1. Siti Zailah bukan sahaja mencuri, tetapi juga menipu seluruh rakyat Malaysia.
  2. Paling menyedihkan, beliau juga membekalkan air curi untuk digunakan oleh rakyat
  3. Ahli bomba tempatan diperbodohkan dengan kelulusan yang kononnya sudah diperolehi dari pihak atasan

Bagi penulis, Robin Hood yang kafir itu jauh lebih mulia hatinya dari Siti Zailah.

Kerana Robin Hood mencuri dengan niat membantu rakyat miskin dan Robin Hood juga tidak menipu.

 

Siti Zailah Robin Hood PAS Dari Kelantan

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button